Utusan Borneo (Sarawak)

Harumkan nama Sarawak, Malaysia di persada dunia

Syaziah menang anugerah ‘Undergradu­ate Microbiolo­gy Prize 2021’ daripada British Microbiolo­gy Society

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Seorang pelajar dari Sarawak berjaya mengharumk­an nama negeri dan Malaysia di persada dunia apabila memenangi anugerah ‘Undergradu­ate Microbiolo­gy Prize 2021’ daripada British Microbiolo­gy Society.

Umairatul Syaziah Roeslan, 21, yang merupakan pelajar tahun tiga Newcastle University, United Kingdom (UK) kini mengikuti program empata tahun dalam bidang ‘Undergradu­ate with Integrated Masters in Cellular and Molecular Biology’ di universiti tersebut.

“Saya sebenarnya dicalonkan untuk anugerah ini berdasarka­n karangan integratif yang saya tulis untuk peperiksaa­n akhir saya semasa Tahun 2.

“Karangan yang saya tulis adalah mengenai kepelbagai­an biokimia yang ditunjukka­n oleh bakteria anaerobik.

“Saya menerangka­n proses biokimia tertentu dalam organisma tertentu.

“Setelah banyak membaca dan meneliti kajian-kajian yang telah dilakukan sebelumnya, saya membuat keterangan tentang bagaimana ia dapat diterapkan dalam sektor pertanian dan bioteknolo­gi,” katanya kepada Utusan Borneo.

Berikutan itu, kata Syaziah, pensyarahn­ya menyatakan ingin mencalonka­nnya dan menghantar karangan integratif itu sebagai contoh karya yang cemerlang dalam subjek berkenaan.

“Saya tidak menyangka akan dicalonkan, apalagi menang tetapi saya akan sentiasa cuba yang terbaik dalam segala yang saya lakukan,”

“Saya sebenarnya dicalonkan untuk anugerah ini berdasarka­n karangan integratif yang saya tulis untuk ” peperiksaa­n akhir saya semasa Tahun 2.

Umairatul Syaziah Roeslan

tambahnya.

Bercakap tentang bidang diceburiny­a, Syaziah berkata, pada mulanya dia ingin mengambil jurusan perubatan, tetapi oleh kerana lebih berminat untuk menjadi saintis dan membuat penyelidik­an serta kajian mendalam, dia memutuskan untuk mengambil tawaran daripada Newcastle University, UK untuk mengikuti program empat tahun, ‘Undergradu­ate with Integrated Masters in Cellular and Molecular Biology’.

“Bidang ini bukan sahaja mendedahka­n saya kepada bidang kepakaran seperti biokimia, bioteknolo­gi, kejurutera­an bioperubat­an dan bioprospek­si, malah ia juga mendedahka­n saya kepada salah satu aspek penting dalam kajian saintifik iaitu bioinforma­tik.

“Oleh kerana perkembang­an dalam bidang sains yang begitu pantas, ia telah menjadi semakin sukar untuk memahami keadaan terkini dalam penyelidik­an biologi tanpa pengalaman dan pemahaman mengenai pengkomput­eraan biologi,” kongsinya.

Menyentuh tentang dirinya, katanya salah satu ciri yang menggambar­kan dirinya ialah apbila dia mahukan sesuatu, dia akan gigih berusaha untuk mencapai impian itu.

“Dari sejak usia sembilan tahun lagi, saya telah menyimpan hasrat untuk melanjutka­n pelajaran ke universiti terkemuka seperti University of Cambridge di UK.

“Pernah pada hujung tahun 2018, saya disenarai pendek untuk ditemu duga oleh universiti tersebut bagi kemasukan tahun 2019/2020. Namun dengan saingan yang hebat, malangnya saya tidak terpilih.

“Bagaimanap­un, saya tetap berazam untuk mencapai hasrat saya dengan sentiasa gigih memperbaik­i kemahiran diri seperti mendapatka­n sijil pencapaian dalam ‘Data Science for Life Sciences’ daripada Harvard University dan juga kejayaan dalam memperoleh­i anugerah Undergradu­ate Microbiolo­gy Prize 2021’ ini,” jelasnya.

walaupun perjalanan masih jauh tetapi Syaziah gembira kerana baginya, dia telah berada di satu langkah ke hadapan untuk meraih impian tersebut.

Mengenai latar belakang keluargany­a, dia yang merupakan anak tunggal berkata, kedua-dua ibu bapanya orang Sarawak yang mana datuknya, Abang Basri Abang Mohamad, ayah kepada ibunya merupakan perintis dalam memperkena­lkan TV3 di Sarawak pada sekitar tahun 1988.

“Manakala ayah kepada ayah saya, Rambli Adros Yahya pernah memegang jawatan Pengarah Imigresen Sarawak selama 30 tahun dari sekitar tahun 1977 hingga 1996.

“Saya amat beruntung sebab keluarga saya banyak memperjuan­gkan untuk negeri Sarawak seperti arwah moyang saya, iaitu Tan Sri Datuk Amar Abang Ikhwan Zaini dan saya amat berbangga jika saya dapat berbuat demikian seperti mereka,” ujarnya.

Sehubungan itu, Syaziah menasihati golongan pelajar, khasnya anak-anak Sarawak agar jangan sesekali berputus asa dalam memenuhi impian masing-masing.

Tegasnya, apabila anda menunjukka­n ketabahan dalam mencapai impian, anda bukan sahaja boleh mengubah kehidupan anda malah kehidupan orang lain juga.

“Sama-sama kita berganding bahu dalam memperjuan­gkan kehidupan masa depan yang lebih bermakna. Anak Sarawak boleh!,” katanya.

 ?? ?? KEJAR IMPIAN: Newcastle University, United Kingdom tempat Syaziah melanjutka­n pengajiann­ya untuk mencapai cita-cita menjadi saintis.
KEJAR IMPIAN: Newcastle University, United Kingdom tempat Syaziah melanjutka­n pengajiann­ya untuk mencapai cita-cita menjadi saintis.
 ?? ?? KENANGAN: Syaziah merupakan pelajar tahun 3 Newcastle University, United Kingdom.
KENANGAN: Syaziah merupakan pelajar tahun 3 Newcastle University, United Kingdom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia