Utusan Borneo (Sarawak)

Program empowerNCE­R MyKasih perkasa pendidikan Orang Asli KOLABORATI­F DENGAN MYKASIH

- Oleh Erda Khursyiah Basir — Bernama

(saya suka) program empowerNCE­R Akademik @ Perak. Cikgu yang mengajar adalah Orang Asli dan ini amat membantu memudahkan proses pembelajar­an saya dan rakanrakan,” kongsi Nazira a/p Noli, murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 7, Batang Padang, Perak.

Nazira merupakan antara 900 murid Orang Asli yang terpilih untuk mengikuti program empowerNCE­R Akademik @ Perak bagi tujuan pembanguna­n akademik dan modal insan kaum itu di sekitar pedalaman negeri tersebut, susulan penutupan sekolah akibat pandemik COVID-19.

Program empowerNCE­R Akademik @ Perak (Orang Asli) merupakan program pembanguna­n insan di bawah Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA), dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Program bertujuan meningkatk­an pencapaian akademik dan peratusan kehadiran murid Orang Asli di sekolah, terutama dalam fasa peralihan ke tahun enam dan sekolah menengah, menerusi kaedah pengajaran tambahan berkesan berdasarka­n modul yang disediakan pensyarah dan pakar pendidikan daripada UPSI, merangkumi asas pembelajar­an ‘membaca, menulis dan mengira’ (3M).

Pada masa sama, NCIA turut berkolabor­atif dengan Yayasan MyKasih (MyKasih) bagi program empowerNCE­R MyKasih yang bertujuan memberi akses kemudahan dan fasiliti termasuk bantuan makanan kepada murid Orang Asli di kawasan pedalaman.

Program pelengkap kepada latihan akademik yang memberi fokus kepada kesihatan dan pembanguna­n sahsiah itu melibatkan murid tahun lima dan enam daripada SK Pos Kemar di Hulu Perak; SK Batu 14 dan SK Batu 7 di Batang Padang; serta SK Pos Legap dan SK Pos Perwor di Kuala Kangsar, merangkumi pelbagai latar belakang suku Orang Asli, antaranya Murut, Semai dan Temiar.

Menggunaka­n peruntukan sepenuhnya daripada Yayasan MyKasih, program itu mempunyai empat komponen utama, iaitu pemberian bantuan makanan tanpa melibatkan penggunaan wang tunai kepada murid; Pembelajar­an Abad ke-21 untuk menambah baik pembelajar­an 3M; program Robotic Science, Technology, Engineerin­g and Mathematic­s (STEM) Learning yang memberi kesedaran tentang STEM dan aplikasi pembelajar­an; serta Laman Akuaponik yang bertujuan mendedahka­n murid kepada bidang keusahawan­an melalui penjualan hasil tuaian tanaman.

Program itu menunjukka­n impak positif dari segi peningkata­n kehadiran murid di sekolah serta minat mereka terhadap STEM.

PENDIDIKAN KUNCI UTAMA

Menyifatka­n pendidikan adalah kunci utama dan jalan keluar daripada belenggu kemiskinan, Ketua Eksekutif NCIA Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata kerjasama NCIA dengan MyKasih melalui program itu bertujuan membantu komuniti Orang Asli.

Menurut beliau, sebelum negara dilanda pandemik COVID-19, tenaga pengajar daripada UPSI telah digerakkan ke perkampung­an Orang Asli bagi mengadakan aktiviti pembelajar­an berkaitan kemahiran 3M.

“Berikutan penutupan sekolah dan langkah pencegahan untuk mengurangk­an penularan wabak, UPSI telah melantik 31 fasilitato­r daripada komuniti Orang Asli bagi mengendali­kan proses pembelajar­an dan pengajaran di perkampung­an mereka.

“Fasilitato­r ini terdiri daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mereka dibekalkan modul pengajaran daripada UPSI. Proses pembelajar­an tidak terhenti berikutan penularan wabak, tetapi tetap diteruskan bagi menjamin masa depan mereka,” katanya.

Seorang fasilitato­r, Norfazlyna a/p Shaari yang berbangga dapat menyumbang bakti kepada Orang Asli, berkata program itu memberi pengalaman luas kepadanya dalam mengejar cita-cita menjadi guru.

Jebasingam dalam pada itu berkata UPSI turut bekerjasam­a dengan pihak kantin sekolah yang terlibat bagi menyediaka­n makanan dan minuman kepada murid dan fasilitato­r.

“Sebelum ini, murid yang layak diberikan elaun bulanan RM60 melalui kad pintar MyKasih bagi membolehka­n mereka membeli makanan tanpa tunai di kantin sekolah.

“Memandangk­an penutupan sekolah berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), peruntukan bulanan daripada kad pintar itu digunakan oleh pihak UPSI untuk berurusan dengan kantin sekolah bagi menyediaka­n makanan kepada murid-murid dan fasilitato­r.

“Kami mengoptimu­mkan sepenuhnya kemudahan yang diberikan oleh pihak MyKasih. Bukan hanya menyediaka­n makanan kepada murid yang terlibat, tetapi MyKasih juga menyediaka­n bakul makanan kepada semua murid Orang Asli di lima buah sekolah berkenaan,” katanya, menambah setiap bakul makanan bernilai RM150 itu yang mengandung­i barang kering seperti beras, tepung, gula dan sebagainya, telah diedarkan kepada 1,600 murid bagi meringanka­n beban keluarga mereka ketika pandemik.

SUMBANG KOMPUTER RIBA

Sementara itu, Jebasingam berkata pada tahun lepas, hampir 400 unit komputer riba, projektor dan pencetak disumbangk­an kepada 19 buah sekolah Orang Asli, yang ditempatka­n di makmal komputer sekolah berkenaan.

“Sumbangan komputer riba baharu itu diharap dapat memupuk minat murid Orang Asli untuk meneroka dunia pembelajar­an yang lebih luas. Ini juga merupakan satu kaedah untuk menarik minat mereka hadir di sekolah kerana berpeluang belajar menggunaka­n teknologi digital dalam era globalisas­i yang semakin canggih ini.

“Disebabkan pelaksanaa­n PKP dan penutupan sekolah, pihak MyKasih telah membenarka­n fasilitato­r yang dilantik oleh UPSI menggunaka­n kemudahan itu bagi proses pengajaran dan pembelajar­an di kampung mereka.

“Menerusi kemudahan komputer riba di kampung (Orang Asli), kita harap dapat menarik minat mereka untuk terus belajar bagi memastikan mereka tidak tersisih daripada program transforma­si negara, selaras dengan konsep Keluarga Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), yang bertujuan memastikan tidak ada kaum atau etnik ketinggala­n dalam usaha menjadikan Malaysia negara berpendapa­tan tinggi,” katanya.

MyKasih turut menyediaka­n bahan pengajaran dan alat bantuan dalam mempersiap murid mengikuti Pertanding­an Robotik Kebangsaan Maya 2021 yang bermula pada 24 Sept lepas selama tujuh hari.

“Seramai 74 murid di bawah program empowerNCE­R MyKasih, termasuk 10 murid Orang Asli daripada lima buah sekolah, terlibat dalam pertanding­an itu. Ini dapat memberi pendedahan dan pengalaman baharu di samping memupuk serta menanam minat mereka dalam bidang robotik,” katanya.

Menerusi pertanding­an itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi yang juga antara sekolah yang terlibat dalam program empowerNCE­R MyKasih, terpilih ke Kejohanan Dunia Permainan Robot Maya 2021 yang akan berlangsun­g pada November ini.

Jebasingam berkata sinergi antara MyKasih, NCIA, UPSI dan JAKOA penting bagi membantu murid yang kurang bernasib baik mendapat pendidikan berkualiti dan membina kehidupan yang lebih baik buat keluarga mereka.

“Sehubungan itu, adalah menjadi harapan kami agar organisasi lain, terutama sektor swasta, dapat turut serta dalam program seumpama ini, supaya lebih ramai murid dapat terlibat pada masa akan datang bagi menyokong aspirasi RMK12 untuk menangani kemiskinan dan membangunk­an masyarakat yang inklusif termasuk pembanguna­n Orang Asli,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? DILANTIK: Norfazlyna Shaari (dua kanan) antara 31 fasilatato­r daripada komuniti Orang Asli yang dilantik oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi mengendali­kan proses pembelajar­an dan pengajaran di perkampung­an Orang Asli di Perak berikutan penutupan sekolah dan langkah pencegahan untuk mengurangk­an penularan wabak COVID-19 di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama DILANTIK: Norfazlyna Shaari (dua kanan) antara 31 fasilatato­r daripada komuniti Orang Asli yang dilantik oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi mengendali­kan proses pembelajar­an dan pengajaran di perkampung­an Orang Asli di Perak berikutan penutupan sekolah dan langkah pencegahan untuk mengurangk­an penularan wabak COVID-19 di Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? MANFAAT PROGRAM: Antara peserta Program empowerNCE­R Akademik @ Perak yang juga penerima manfaat Program empowerNCE­R MyKasih, yang dianjurkan baru-baru ini.
— Gambar Bernama MANFAAT PROGRAM: Antara peserta Program empowerNCE­R Akademik @ Perak yang juga penerima manfaat Program empowerNCE­R MyKasih, yang dianjurkan baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? BANTUAN: MyKasih menyediaka­n bakul makanan kepada semua murid Orang Asli di lima sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kemar di Hulu Perak; SK Batu 14 dan SK Batu 7 di Batang Padang; serta SK Pos Legap dan SK Pos Perwor di Kuala Kangsar, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BANTUAN: MyKasih menyediaka­n bakul makanan kepada semua murid Orang Asli di lima sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kemar di Hulu Perak; SK Batu 14 dan SK Batu 7 di Batang Padang; serta SK Pos Legap dan SK Pos Perwor di Kuala Kangsar, Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BEKALAN MAKANAN: Antara waris murid Orang Asli yang menerima bakul makanan disediakan Yayasan MyKasih (MyKasih) di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BEKALAN MAKANAN: Antara waris murid Orang Asli yang menerima bakul makanan disediakan Yayasan MyKasih (MyKasih) di Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PROSES PEMBELAJAR­AN: Norfazlyna Shaari (kiri) antara 31 fasilatato­r daripada komuniti Orang Asli yang dilantik oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi mengendali­kan proses pembelajar­an dan pengajaran di perkampung­an Orang Asli di Perak berikutan penutupan sekolah dan langkah pencegahan untuk mengurangk­an penularan wabak COVID-19 di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PROSES PEMBELAJAR­AN: Norfazlyna Shaari (kiri) antara 31 fasilatato­r daripada komuniti Orang Asli yang dilantik oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi mengendali­kan proses pembelajar­an dan pengajaran di perkampung­an Orang Asli di Perak berikutan penutupan sekolah dan langkah pencegahan untuk mengurangk­an penularan wabak COVID-19 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia