Utusan Borneo (Sarawak)

Jemaah umrah teruja kembali jejak ke Tanah Suci

Selepas tertangguh hampir dua tahun susulan penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia

- — Bernama

“Kita sendiri sudah terbiasa dengan peraturan SOP di Malaysia. Walaupun di sini (Arab Saudi) ada SOP tertentu, ia banyak membantu jemaah dalam konteks umrah dalam norma baharu.

KUALA LUMPUR: Impian 11 jemaah Malaysia menunaikan ibadah umrah akhirnya tercapai selepas tertangguh hampir dua tahun susulan penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Arab Saudi sehingga memaksa penutupan pintu sempadan.

Jemaah tersebut yang merupakan kumpulan pertama berpeluang mengerjaka­n umrah selepas kebenaran diberikan kepada rakyat Malaysia berkuat kuasa 18 Okt lepas, meluahkan rasa gembira dan teruja kerana tidak menyangka akan dijemput awal ke tanah suci Makkah dan Madinah.

Berkongsi pengalaman itu, pelakon Ashraf Muslim, 40, yang kini berada di Tanah Suci, berkata beliau telah mempersiap­kan diri bagi menjalani ibadah tersebut dengan norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

“Kita sendiri sudah terbiasa dengan peraturan SOP di Malaysia. Walaupun di sini (Arab Saudi) ada SOP tertentu, ia banyak membantu jemaah dalam konteks umrah dalam norma baharu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ashraf yang telah menunaikan ibadah haji pada 2019 serta berpengala­man beberapa kali menjejakka­n kaki di Tanah Suci sebelum pandemik COVID-19, turut berkongsi berkenaan penggunaan aplikasi Eatmarna yang diperkenal­kan kerajaan Arab Saudi bagi memudahkan urusan beribadah dan membolehka­n jemaah membuat tempahan tempat lebih awal.

Jelasnya aplikasi itu digunakan bagi membuat tempahan tempat termasuk untuk menunaikan solat lima waktu di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, menziarahi kawasan Raudah dan makam Nabi Muhammad SAW selain membantu pemantauan keselamata­n serta melancarka­n pendaftara­n jemaah.

“Umpamanya kalau masuk ke kawasan Raudah, dulu sebelum ada SOP kita akan bersesak dengan bilangan jemaah yang ramai, tapi dengan aplikasi Eatmarna dapat mengawal jumlah jemaah dalam satu-satu masa.

“Kalau tidak buat tempahan awal kita tidak dibenarkan solat dan perlu menunggu tempahan baharu dibuka,” katanya.

Bagi perunding kewangan Nurfadzila­h Abd Rahim, 38, yang lama menyimpan hasrat menunaikan ibadah umrah tidak menyangka pengalaman kali pertamanya mengerjaka­n ibadah itu dijalani dengan pematuhan SOP.

Nurfadzila­h yang berasal dari Kuantan, Pahang berkata pemakaian pelitup muka diwajibkan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi manakala solat berjemaah kini pada kapasiti penuh dan tiada lagi penjarakan fizikal.

“Perasaan saya bercampur baur antara sedih dan gembira, niat mahu bercuti selepas rentas negara dibenarkan tapi Allah jemput saya ke sini dulu (Tanah Suci),” katanya.

Turut berkongsi perasaan sama, Shafwan Ramli, 27, yang menyifatka­n peluang tersebut sebagai rezeki berganda memandangk­an ia bukan sahaja kunjungan kali pertamanya ke Tanah Suci, malah menjadi antara rakyat Malaysia terawal dapat menunaikan umrah selepas lama ditutup kerana wabak COVID-19.

“Saya dapat tawaran mengerjaka­n umrah ini agak cepat apatah lagi ini pengalaman pertama saya, jadi pengetahua­n dan persediaan itu tidak banyak. Alhamdulil­lah menerusi bimbingan mutawif segala urusan telah dipermudah­kan,” katanya yang turut teruja berpeluang solat bersebelah­an makam Nabi Muhammad SAW.

Ashraf Muslim Pelakon

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBERI KEBERNARAN: Ashraf antara 11 jemaah Malaysia yang menjadi kumpulan pertama menunaikan ibadah umrah selepas kebenaran diberikan oleh kerajaan untuk merentas ke luar negara termasuk mengerjaka­n ibadah umrah berkuat kuasa pada 18 Okt lepas di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama DIBERI KEBERNARAN: Ashraf antara 11 jemaah Malaysia yang menjadi kumpulan pertama menunaikan ibadah umrah selepas kebenaran diberikan oleh kerajaan untuk merentas ke luar negara termasuk mengerjaka­n ibadah umrah berkuat kuasa pada 18 Okt lepas di Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? DOS PENGGALAK: Muhyiddin (kanan) dan isteri Norainee ketika proses pemantauan selepas menerima dos ketiga atau dos penggalak vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama DOS PENGGALAK: Muhyiddin (kanan) dan isteri Norainee ketika proses pemantauan selepas menerima dos ketiga atau dos penggalak vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia