Utusan Borneo (Sarawak)

TMWU rancang rangsang taburan pelancong ke Wilayah Utara

- — Bernama

GEORGE TOWN: Tourism Malaysia Wilayah Utara (TMWU) dalam perancanga­n untuk mewujudkan kesepakata­n antara kerajaan negeri di wilayah utara tanah air iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak untuk merangsang taburan pelancong ke wilayah ini.

Timbalan Pengarahny­a, Siti Hajar Yunus berkata TMWU akan menganjurk­an program dan bengkel dalam masa terdekat yang akan dihadiri oleh wakilkeraj­aandariemp­atnegeri tersebut, pemain industri serta organisasi yang berkepenti­ngan.

“Setelah aktiviti rentas negeri dibenarkan,sektorpela­ncongan mempunyai peluang untuk bangkit semula. TMWU bertanggun­gjawab untuk menggalakk­an kehadiran pelancong ke semua tarikan pelanconga­n yang ada di wilayah ini, tidak hanya terhad kepada lokasiloka­sikebiasaa­nyangdikun­jungi oleh pelancong.

“Dengan kerjasama daripada semua pihak, kami boleh membantu agensi pelanconga­n untuk menghasilk­an pakej pelanconga­n yang menarik membabitka­n keempat-empat negeri supaya taburan kehadiran pelancong lebih seimbang,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Beliau berkata masih banyak lokasi di wilayah utara yang kurang diketahui oleh rakyat di negara ini seperti yang ada di Perlis, Kedah( selain Langkawi ), daerah Seberang Perai, Pulau Pinang dan produk ekopelanco­ngan yang ada di Perak.

“Pilihan percutian rakyat Malaysia sudah pelbagai, ada antara mereka yang mahu mencari pengalaman untuk hidup seperti masyarakat di kampung dan menjalanka­n aktiviti lasak. Di sini, kami mempunyai banyak produk yang boleh diketengah­kan seperti penginapan di rumah inap desa, aktiviti trek hutan, menunggang atv, sukan ekstrem air dan banyak lagi,” katanya.

Siti Hajar berkata lokasi yang paling terkenal di wilayah utara dalam kalangan pelancong tempatan untuk dilawati adalah Langkawi dan Pulau Pinang yang sejak 16 Sept sehingga 6 Okt melalui gelembung pelanconga­n domestik projek rintis Langkawi, pulau itu menerima seramai 60,504 pelancong dari seluruh negara.

 ?? — Gambar Bernama ?? SUNTIKAN: Muhyiddin (kiri) menerima dos ketiga atau dos penggalak vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama SUNTIKAN: Muhyiddin (kiri) menerima dos ketiga atau dos penggalak vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia