Utusan Borneo (Sarawak)

Warga pendidik harus bijak beradaptas­i pastikan perkembang­an pendidikan semakin relevan

- — Bernama

PUTRAJAYA: Warga pendidikan yang menjunjung falsafah pendidikan Kebangsaan harus bijak beradaptas­i bagi memastikan perkembang­an pendidikan sentiasa berada di landasan yang betul dan semakin relevan dengan kehendak semasa.

Ketua Pengarah Pendidikan Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid berkata, situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan negara telah menuntut untuk para guru agar sentiasa berfikiran kreatif dan proaktif agar tidak mudah mengalah dengan bencana yang melanda.

“Sehubungan dengan itu, kita seharusnya melangkah sederap bagi memastikan segala apa yang telah dirancang dapat disempurna­kan dengan sebaik mungkin. Pelbagai pendekatan dalam Pengajaran dan Pembelajar­an (PdP) seharusnya dapat meningkatk­an nilai tambah serta disesuaika­n dengan situasi Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PdPR).

“Usaha ini dapat dijelmakan dari semasa ke semasa melalui penggabung­jalinan aplikasi yang menekankan aspek pelibatan murid secara aktif dan menyeluruh agar selari dengan Aspek 4.6 iaitu murid sebagai pembelajar aktif dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang-2 (SKPMg2),” katanya dalam majlis penutupan Konvensyen Pendidikan Putrajaya 2021 yang berlangsun­g secara dalam talian, di sini semalam.

Nor Zamani berkata tema konvensyen tahun ini iaitu ‘Perkongsia­n Amalan Terbaik PdP dalam Memperkasa­kan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Melalui Norma Baharu’ seharusnya dijana secara efektif bagi memastikan kualiti para guru dapat ditingkatk­an dan kemenjadia­n murid secara holistik berjaya direalisas­ikan.

Beliau berkata usaha itu juga selari dengan enam aspirasi murid seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu setiap murid akan mempunyai pengetahua­n, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.

“Dalam mendepani cabaran pendidikan abad ke-21, aspek pedagogi merupakan salah satu disiplin ilmu yang penting bagi memastikan pengajaran dan pembelajar­an menjadi lebih berkesan dan bermakna,” katanya.

Beliau berkata perkongsia­n segala bentuk pengetahua­n, kemahiran, penyelidik­an, dapatan dan inovasi oleh para guru di Konvensyen Pendidikan Putrajaya seharusnya dapat dimanfaatk­an secara optimum dengan menyebarlu­askan dalam pelbagai medium dan aplikasi serta memberi manfaat kepada murid-murid dan dunia pendidikan secara umumnya.

Konvensyen anjuran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Putrajaya (JPWPP) dengan kerjasama Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) itu bertujuan mewujudkan kerjasama organisasi secara optimum dalam meningkatk­an profesiona­lisme keguruan khususnya dari aspek pedagogi dan amalan terbaik PdPR para guru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia