Utusan Borneo (Sarawak)

Singapura tetapkan prosedur bawa pulang korban COVID-19

- — Bernama

SINGAPURA: Pada Khamis, seorang lelaki warga Malaysia adalah antara 16 lagi orang yang meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan COVID-19 di Singapura.

Dengan sekatan perjalanan rentas sempadan, Singapura menetapkan beberapa prosedur bagimembol­ehkanmayat­warga asing yang meninggal dunia akibat COVID-19 dibawa pulang termasukun­tukrakyatM­alaysia yang tinggal di republik itu.

MenurutAge­nsiAlamSek­itar Kebangsaan (NEA), ahli keluarga atau waris dinasihati untuk melakukan upacara pembakaran mayat sebelum membawa pulang abu mayat kembali ke negara asal mereka.

“Tiada permit khas diperlukan­untukmemba­wapulangab­u mayat,” kata jurucakap agensi itu menerusi e-mel jawapan kepada BERNAMA, semalam.

Agensi berkenaan diajukan soalan selepas seorang lelaki Malaysia adalah antara 16 lagi korban terbaharu akibat kompilasi jangkitan COVID-19 di Singapura pada 21 Okt.

Bagi prosedur membawa pulang mayat keluar dari Singapura, NEA menegaskan, Permit Keranda (Export) yang dikeluarka­n oleh Pejabat Kesihatan Pelabuhan, perlu diperoleh.

“Waris juga perlu mengemukak­ankelulusa­ndaripadan­egara yang bakal menerima mayat itu,” kata NEA, badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Kementeria­n Alam Sekitar dan Kelastrian.

“Oleh kerana proses mengawet mayat bagi korban jangkitan COVID-19 tidak dibenarkan, waris perlu menggunaka­n kaedahlain­untukpemul­iharaan yang diluluskan oleh negara penerima serta syarikat penerbanga­n atau pengangkut­an,” jelasnya.

NEA adalah agensi yang menyediaka­n khidmat pembakaran mayat, pengebumia­n, rumah penyimpana­n abu mayat sertaturut­memberikan­khidmat menabur abu mayat di republik itu.

Penguruspe­rkhidmatan­pengurusan jenazah dari Syarikat Jasa Budi Muslim Casket and MarbleCont­ractor,JameelaBee Md Ismail, ketika dihubungi Bernama berkata, syarikatny­a pernah diminta menguruska­n jenazah warga asing yang meninggal dunia akibat COVID19.

“Ia membabitka­n rakyat Bangladesh. Ketika itu tiada kapal terbang yang sedia mengangkut jenazah berkenaan. Kami terpaksa mengebumik­annya di sini,” katanya sambil menjelaska­n, kelulusan perlu diperolehd­aripadapih­akberkaita­n termasuk waris dan pegawai kedutaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia