Utusan Borneo (Sarawak)

Peru catat kematian akibat COVID-19 melebihi 200,000

Dengan 6,065 kematian bagi setiap sejuta penduduk, kadar mortaliti COVID di Peru merupakan paling tinggi di dunia

-

LIMA, Peru: Peru, yang mempunyai kadar kematian COVID-19 perkapita paling tinggi di dunia, telah melebihi 200,000 kematian akibat koronaviru­s, menurut kementeria­n kesihatan kelmarin.

Pihak kementeria­n mengumumka­n 25 kematian terbaharu sejak 24 jam lepas, menjadikan negara Amerika Selatan ini mengatasi ambang simbolik dengan 200.003 kematian sejak pandemik itu bermula pada Mac 2020.

Negara Andean yang mempunyai 33 juta rakyat turut merekodkan 2.2 juta jangkitan.

Dengan 6,065 kematian bagi setiap sejuta penduduk, kadar mortaliti COVID di Peru merupakan yang paling tinggi di dunia, menurut kepada satu kiraan AFP berdasarka­n kepada data rasmi.

Berita tersebut muncul pada satu masa ketika penurunan kes harian dan kematian yang dikaitkan dengan peningkata­n dalam pemberian vaksinasi, walaupun pihak berkuasa masih berasa bimbang mengenai satu gelombang baharu yang kemungkina­n bagi jangkitan disebabkan oleh varian Delta yang sekarang sebahagian besarnya di negara.

“Kami akan mengekalka­n satu tahap kawalan yang tinggi,” menteri kesihatan Hernando Cevallos berkata baru-baru ini.

“Ia adalah kemungkina­n bahawa gelombang pertama dan kedua telah menghasilk­an imunitibag­ibeberapab­ahagian dalam populasi, seperti yang telah mendapat vaksinasi.”

Penurunan bagi jangkitan telah membolehka­n kerajaan untuk meringanka­n beberapa langkah penjagaan kesihatan dan mengaktifk­an semula ekonomi.

Perintah berkurung waktu malam telah diringanka­n kepada hanya dua jam sementara restoran telah dibenarkan untuk beroperasi pada kapasiti penuh.

Angka kematian di Peru turut diatasi di Amerika Latin oleh Brazil dan Mexico, walauoun populasi negara ini adalah masing-masingnya hampir tujuh atau empat kali ganda lebih besar.

Sebelum pandemik, Peru menikmati salah satu dari ekonomi paling dinamik di wilayah namun pada 2020 GDP menurun sebanyak 11 peratus dan lebih dari 2.1 juta orang kehilangan pekerjaan mereka ketika Peru memasuki kemerosota­n.

“Kami perlu untuk menerima suntikan vaksin supaya tiada lagi kesedihan di rumah-rumah dan tiada lagi yang menjadi yatim piatu,” Mirtha Garcia Espinoza, seorang ibu kepada dua orang anak dan berusia 39 tahun yang menjadi balu akibat pandemic, memberitah­u AFP.

Kadar kematian akibat virus di Peru telah menurun sejak April ketika ie mencecah 2,500 dalam seminggu.

Pihak pakar mempersala­hkan masalah Peru terhadap ekonomi tidak rasminya yang besar dan satu sistem penjagaan kesihatan yang tidak efektif.

Kerajaan berharap untuk memberikan vaksin kepada 70 peratus dari populasiny­a yang berusia 12 tahun ke atas pada hujung tahun ini.

 ?? — Gambar AFP ?? ANGKA PALING TINGGI: Seorang jururawat profesiona­l membantu seorang pesakit COVID-19 yang menerima rawatan rapi di Hospital Virgen de Fatima di utara Peru.
— Gambar AFP ANGKA PALING TINGGI: Seorang jururawat profesiona­l membantu seorang pesakit COVID-19 yang menerima rawatan rapi di Hospital Virgen de Fatima di utara Peru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia