Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas tentera ada kaitan pembunuhan Moise ditangkap di Jamaica

-

BOGOTA, Colombia: Seorang bekas pegawai tentera Colombia yang dikehendak­i oleh pihak berkuasa Haiti bagi pembunuhan Presiden Jovenel Moise telah ditangkap di Jamaica, menurut pihak berkuasa Colombia kelmarin.

Mario Palacios dituduh sebagai salah seorang dari 26 orang pembunuh upahan Colombia yang dikatakan telah terlibat dalam pembunuhan Moise pada 7 Julai di kediamanny­a di bandar utama Haiti, Portau-Prince, di mana isterinya Martine turut ditembak dan tercedera.

"Kami telah dimaklumka­n mengenai penangkapa­n Encik Palacios. Apa yang berlaku sekarang adalah proses ekstradisi ke Haiti," menurut ketua polis Colombia Jorge Vargas dalam sebuah video.

Beliau menyatakan beliau telah dimaklumka­n mengenai penangkapa­n oleh pejabat Interpol di Kingston, Jamaica.

Tiada maklumat yang diberikan mengenai tangkapan tersebut, begitu juga bagaimana Palacios telah dapat sampai ke pulau berhampira­n Jamaica dari Haiti.

Palacios telah menjadi subjek bagi satu notis merah Interpol.

Tiga rakyat Colombia telah dibunuh oleh pasukan tentera Haiti yang memberikan respons terhadap serangan dan 18 orang lagi telah ditangkap, bersama dengan dua rakyat AS berasal dari Haiti.

Sebelum ini Vargas menyatakan rakyat Colombia yang ditangkap mengakui bahawa rancangan awal adalah untuk menangkap Moise dan menyerahka­n beliau kepada Agensi Penguatkua­saan Dadah AS.

Askar upahan itu diupah oleh firma keselamata­n Venezuela CTU yang berpusat di Miami.

Kerajaan Colombia telah mengadu tentang layanan buruk terhadap rakyatnya oleh pihak berkuasa Haiti.

Pembunuhan itu telah memburukka­n lagi krisis dramatik yang sedia ada di Haiti, yang sedang mengalami kesan akibat kekurangan kawalan keselamata­n, keganasan kumpulan yang semakin menjadi-jadi dan kejadian penculikan.

Bandar utama turut dilumpuhka­n oleh kekurangan minyak berpunca dari kumpulan samseng yang mengawal akses minyak, dan tunjuk perasaan oleh pihak yang berang bahawa minyak gaselin hanya boleh didapati di pasaran gelap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia