Utusan Borneo (Sarawak)

Penghijrah terbunuh dengan kecederaan serius di perhentian trak

-

LILLE, Perancis: Seorang pemuda meninggal dunia kelmarin di utara Perancis selepas ditemui dengan kecederaan serius berhampira­n sebuah perhentian trak di mana pendatang telah diketahui cuba untuk menyusup masuk ke dalam kenderaan yang menuju ke Britain, menurut pejabat pendakwa raya tempatan.

Mangsa tersebut ditemui pada pagi Jumaat oleh pihak polis semasa mereka meronda di sebuah zon perindustr­ian di mana beberapa buah trak dan pemandunya bermalam sebelum menaiki feri menyeberan­gi Selat ke Britain.

"Punca kematian adalah tidak diketahui buat masa sekarang, namun kawasan itu terkenal sebagai sebuah tempat di mana pendatang cuba untuk memasuki trak,” pendakwa raya tempatan Guirec Le Bras memberitah­u AFP, sambil menambah bahawa lelaki itu masih belum dikenal pasti.

Dia meninggal dunia di hospital di Calais di mana dia telah dibawa kerana mengalami kecederaan serius.

Kemalangan adalah biasa berlaku di sekitar

Calais, di mana golongan lelaki muda meninggalk­an perang kemiskinan di Afrika atau Timur Tengah yang kadangkala memaksa traktrak untuk berhenti atau cuba untuk memanjat ke dalamnya ketika ia masih lagi bergerak.

Pada hujung September, seorang remaja dari Sudan meninggal dunia di Marck berhampira­n Calais selepas cuba untuk memasuki sebuah trak pada sekitar jam 5:00 pagi waktu tempatan.

Pendatang dan pemohon suaka di Calais yang semakin ramai cuba untuk merentasi Selat menggunaka­n bot berba```nding dengan bersembuny­i dalam trak dan kereta.

Kawalan keselamata­n yang dipertingk­atkan, pengesan trak dan malah pengesan denyutan jantung telah membuatkan ia sukar bagi orang untuk bersmbunyi di dalam kenderaan.

Seramai 15,400 orang cuba untuk merentasi Selat dengan menggunaka­n bot pada lapan bulan pertama bagi tahun ini, satu peningkata­n sebanyak 50 peratus dari jumlah untuk keseluruha­n 2020, menurut kepada statistic pengawal pantai Perancis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia