Utusan Borneo (Sarawak)

Dua polis Pakistan terbunuh dalam perbalahan dengan penyokong parti radikal

-

LAHORE, Pakistan: Sekurang-kurangnya dua angota polis Pakistan telah terbunuh pada Jumaat lepas dalam perbalahan dengan para penyokong bagi sebuah parti radikal Islamis yang diharamkan, sebelum ini telah menyeru bagi penghalaua­n duta Perancis.

Lebih dari 1,000 orang berkumpul di bandar timur Lahore,menghalang­jalanraya dan menuntut pembebasan ketua Tehreek-Labbaik Pakistan, Saad Rizvi.

Rizvi telah ditangkap pada April, ketika kerajaan Pakistan mengharamk­an parti itu dalam respons untuk mengejami protes anti-Perancis.

“Dua orang konstabel polis telah terkorban pada hari ini ketika bertugas semasa pergaduhan,” Rana Arif, seorang jurucakap bagi pejabat Lahore, memberitah­u AFP.

Mazhar Hussain, seorang pegawai polis kedua, menyatakan penunjuk perasaan telah melontar bom petrol ke arah anggota polis ketika mereka bergerak menghampir­i untuk meleraikan protes.

“Kumpulan perusuh turut menggunaka­n kayu dan melastik polis dengan batu,” kata beliau.

TLP telah menyatakan ia tidak akan menghentik­an protes atau melakukan rundingan dengan pihak kerajaan sehingga pemimpin mereka dibebaskan.

Para penyokong telah mengugut akan menggerakk­an konvoi mereka ke arah bandar utama Islamabad, di mana pihak polis telah menutup jalan raya dengan kontena perkapalan.

TLP telah melakukan kempen anti-Perancis sejak Presiden Emmanuel Macron mempertaha­nkan hak bagi sebuah majalah satira untuk menerbitka­n semula karton yang menggambar­kan Nabi Mohammed satu tindakan yang kelihatan mencerca oleh ramai penganut Islam.

Enam anggota polis telah terkorban pada April, ketika TLP melakukan rali selama beberapa hari yang melumpuhka­n jalan raya.

Ia membawa kepada kedutaan Perancis telah mencadangk­an semua rakyatnya agar meninggalk­an negara.

Kumpulan itu sebelum ini telah menerima sokongan meluas dari kumpulanku­mpulan agama aliran utama, menyukarka­n usaha kerajaan untuk membantera­s parti tersebut.

Beberapa isu sedang hangat di Pakistan seperti penghujata­n, dan malah cadangan paling kecil bagi satu penghinaan terhadap Islam boleh membawa kepada protes, meghasut bagi hukuman tanpa pengadilan, dan menyatukan parti-parti politik yang berbalah di negara ini.

 ?? — Gambar AFP ?? SEDIA: Pasukan polis berkawal di sebuah jalan sebelum bermulanya protes dari penyokong parti radikal di Pakistan.
— Gambar AFP SEDIA: Pasukan polis berkawal di sebuah jalan sebelum bermulanya protes dari penyokong parti radikal di Pakistan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia