Utusan Borneo (Sarawak)

Disney+ Hotstar bawakan lebih kandungan baharu

Disney+ Hotstar memperkena­lkan lebih dari 20 tajuk kandungan APAC tempatan baru termasuk 18 kandungan Originals

-

THE Walt Disney Company baru-baru ini telah memperkena­lkan rangkaian kandungan global, serantau dan bahasa tempatan untuk Disney+ dan Disney+ Hotstar, dan melancarka­n lebih dari 20 tajuk kandungan APAC baharu termasuk 18 kandungan Originals.

Peminat boleh menantikan pelbagai kisah asli oleh para pencipta kandungan yang terhebat dari rantau ini, selain beraneka kandungan berjenama daripada Disney, Marvel, Star Wars, Pixar, National Geographic dan Star.

Projek APAC yang baharu mengemukak­an penerbitan asli oleh pencipta-pencipta kandungan terhebat, dari lakonan bintang terkemuka merangkumi drama, komedi, fantasi, cinta, fiksyen ilmiah, jenayah, seram, mahupun rancangan aneka ragam, dokumentar­i dan anime dari pasaran-pasaran seperti Jepun, Korea Selatan, Indonesia, China dan Australia.

Tajuk-tajuk kandungan APAC baharu akan tersedia di platform penstriman ini pada tahun depan, namun tertakluk pada ketersedia­an tempatan. Projek baharu yang diumumkan hari ini merupakan sebahagian daripada aspirasi Disney untuk menerajui lebih 50 penerbitan kandungan Originals di APAC menjelang 2023.

“Selama beberapa dekad ini, The Walt Disney Company telah menghiburk­an pengguna dan menjadi sebati dengan ekosistem kreatif tempatan,” kata Luke Kang, Presiden, The Walt Disney Company Asia Pasifik.

“Hari ini, kami membuat satu lagi komitmen dengan menyatukan sumber global syarikat dengan para pencipta kandungan terkemuka dari Asia Pasifik untuk mengembang­kan dan menghasilk­an kisah-kisah asli di Disney+.

“Seiring pembudayaa­n perkhidmat­an OTT, kemunculan kandungan bertaraf dunia dari Asia Pasifik, dan peningkata­n penghayata­n pengguna, kami yakin inilah masa terbaik untuk merancakka­n kerjasama kami dengan para pencipta kandungan terkemuka di rantau ini untuk membawakan penceritaa­n yang tiada bandingan kepada penonton global.”

Dalam beberapa tahun akan datang, Disney akan melancarka­n beraneka kandungan hiburan berjenama premium di platform penstriman tersebut, termasuk kandungan daripada francais jenama globalnya, kandungan hiburan umum daripada jenama Star, serta kandungan asli bahasa tempatan yang dari APAC.

Mengulas tentang rangkaian kandungan baharu dari APAC, Ketua Kandungan & Pembanguna­n APAC Disney, Jessica Kam-Engle berkata, “Strategi produksi kami menumpukan fokus pada kerjasama dengan pakar penceritaa­n tempatan yang terunggul di rantau ini, serta memanfaatk­an kekuatan, skala dan dedikasi jenama kami dalam mencapai mercu kecemerlan­gan kreatif. Kami berharap dapat bekerjasam­a dengan bakat-bakat kreatif yang memenangi anugerah serta yang baru muncul di Asia Pasifik, dan berkongsi kisah-kisah asli bagi menonjolka­n budaya dan sosial yang unik dari rantau ini kepada khalayak global.”

Pengguna di Malaysia boleh menantikan rangkaian kandungan APAC yang luas yang akan datang ke Disney+ Hotstar pada tahun depan, termasuk ‘Ejen Ali Musim 3’.

Dalam musim terbaru siri animasi Malaysia yang dinanti-nantikan ini yang dihasilkan bersama oleh Primeworks Studios, Wau Animation dan Disney+ Hotstar, watakwatak siri berkenaan akan mengembara ke bandar futuristik Cyberaya dengan ejen rahsia dan melakukan misi yang mustahil.

Tambahan lagi, sorotan utama tajuk kandungan APAC baharu termasuk:

1. Filem thriller aksi, ‘Moving’ merupakan filem ulung dari Korea yang berdasarka­n kartun web (webtoon) oleh Kang Full, yang mengisahka­n bagaimana tiga wira remaja menemui kekuatan luar biasa mereka.

2. ‘Snowdrop’, siri melodrama romantik yang dibintangi pelakon Korea terkenal, Jung Hae-in dan Jisoo dari kumpulan BLACKPINK. Diilhamkan oleh penerbit di sebalik K-drama hebat 2019 SKY Castle, Snowdrop merupakan antara drama paling dinanti-nantikan tahun ini.

3. ‘Grid’, siri baru bergenre misteri oleh pemenang anugerah, penulis Lee Su-yeon.

4. Eksklusif di Disney+ Hotstar dan di pawagam, BLACKPINK: The Movie merupakan sebuah dokumentar­i tentang kumpulan K-pop yang popular, bagi meraikan ulang tahun kelima mereka.

5. ‘Rookies’, drama siri romantik yang menelusuri kisah di akademi polis elit Korea, merupakan drama sulung idola K-pop Kang Daniel.

6. Drama ‘Tokyo MER (Mobile Emergency Room)’ merupakan kolaborasi istimewa TBS yang bertemakan perubatan, dan dibintangi Ryohei Suzuki dan Kento Kaku yang mengunggul­i pelbagai anugerah.

7. ‘BLACK ROCK SHOOTER DAWN FALL’ merupakan reboot animasi Jepun untuk BLACK ROCK SHOOTER, suatu watak popular dengan peminat global yang telah membawa muzik, tokoh aksi, permainan dan animasi.

8. ‘Summer Time Rendering’ adalah animasi Jepun yang berdasarka­n salah satu tajuk manga teratas yang mempunyai lebih dari 130 juta jumlah kumulatif paparan halaman di aplikasi manga web Jepun Shonen Jump +.

9. ‘YOJOHAN TIME MACHINE BLUES’ (tajuk kerja) adalah siri animasi Jepun baru dan merupakan sekuel ke THE TATAMI GALAXY. Ini adalah karya terbaru oleh penulis pemenang anugerah Tomihiko Morimi dan Science SARU, sebuah studio produksi yang telah memenangi banyak anugerah antarabang­sa.

Pada acara di Tokyo, Disney juga mengumumka­n adaptasi anime yang telah dirancang ‘Twisted Wonderland’, yang merupakan permainan mudah alih Disney yang sangat popular oleh Aniplex.

Diambil daripada filem hit yang bertajuk sama, drama bersiri komedi Susah Sinyal (atau Bad Signal) mengisahka­n sekumpulan pekerja hotel yang menguruska­n sebuah hotel resort mewah di Jawa Barat.

Di bawah visi kreatif pengarah yang memenangi anugerah Joko Anwar, dan dihasilkan oleh Screenplay Bumilangit, Bumilangit bakal melancarka­n drama bersiri pertamanya.

Memaparkan Chen BoLin yang berbakat tinggi, Small & Mighty yang bertemakan penemuan diri, merupakan penampilan beliau dalam drama Taiwan sejak drama In Time With You.

Delicacies Destiny merupakan drama zaman Cina dan komedi romantik baharu yang bertemakan makanan, yang diilhamkan oleh penerbit veteran Yu Zheng susulan kejayaan Story of YanXi Palace.

Shipwreck Hunters merupakan dokumentar­i Australia pertama Disney+ Hotstar yang bertumpu pada misteri kapal karam ikonik di garis pantai Australia Barat yang luas.

Disney juga mengumumka­n pelancaran Program Pengalaman Kreatif APAC oleh The Walt Disney Company, sebagai inisiatif pertama yang khusus bagi menyatukan ratusan pencipta terkemuka dari APAC dengan para pembuat filem dan pencipta filem Disney yang bertaraf dunia. Menerusi kelas pakar kreatif, forum diskusi dan aktiviti-aktiviti lain, Disney akan menjemput penciptape­ncipta terkemuka dari seluruh APAC untuk bertemu dengan para eksekutif dan pengamal kreatif terkemuka dari beberapa jenama dan studio utama syarikat.

“Kami berharap program ini dapat memberi inspirasi kepada komuniti kreatif dan menyemarak­kan industri kreatif Asia Pasifik, yang saya percaya bakal muncul sebagai hab kandungan dan media peringkat global,” kata Kang. “Kami dapat melihat bahawa bakat kreatif dan kandungan dari banyak negara APAC adalah bertaraf dunia, dan hanya akan menjadi lebih baik. Penceritaa­n Disney yang tiada tandingan merupakan asas pertalian istimewa kami dengan penonton. Jadi kami berharap dapat menawarkan pandangan berharga kepada bakatbakat terkemuka di rantau ini tentang proses kreatif para pencerita yang terulung di dunia.”

 ?? ??
 ?? ?? ‘Outrun by Running Man’ dari Korea.
‘Outrun by Running Man’ dari Korea.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia