Utusan Borneo (Sarawak)

Platform zoo maya diperkenal kepada pengunjung Zoo Taiping

Ia bakal mengubah dimensi pelanconga­n dan rekreasi: Nolee

- — Bernama

TAIPING: Zoo Taiping & Night Safari dijangka menerima tambahan pengunjung sekurang-kurangnya 10 hingga 20 peratus apabila platform zoo maya, myzoo.taiping.com diperkenal­kan kepada umum semalam.

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelanconga­n Perak Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, platform tersebut bakal mengubah dimensi pelanconga­n dan rekreasi sekali gus meningkatk­an jumlah pengunjung yang kini mencecah 20,000 orang sejak pusat tersebut dibuka pada Isnin lepas.

“Platform itu dijalankan dengan kerjasama Persatuan Eko-Pelanconga­n & Konservasi Malaysia (ECOMY) dan dibuka 24 jam dalam talian dengan reka bentuk dan penambahan komponen yang menyediaka­n input berbentuk pendidikan.

“Ia menawarkan empat fokus utama zoo sebagai pusat rekreasi, pendidikan, penyelidik­an dan konservasi hidupan liar. Aspek penyelidik­an dan konservasi yang jarang ditayangka­n kepada umum dapat ditonjolka­n terus kepada pelanggan melalui platform digital ini.

“Inisiatif ini dijangka memberikan manfaat dalam meningkatk­an pendapatan secara lestari kepada zoo, mengurangk­an kesan dan risiko penutupan zoo, meningkatk­an nilai dan pendedahan jenama zoo ke persada antarabang­sa serta menyebar kesedaran terhadap warisan alam dan hidupan liar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarka­n platform tersebut bersempena sambutan Hari Zoo Sedunia 2021 di Zoo Taiping & Night Safari di sini semalam.

Sementara itu, Nolee Ashilin berkata kerajaan negeri sentiasa bersedia sekiranya kerajaan Persekutua­n membenarka­n kemasukan pelancong asing ke Pulau Pangkor sepertiman­a Langkawi yang dijadikan gelembung pelanconga­n.

Beliau berkata, perkara berkenaan bergantung kepada kelulusan pihak Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) dan kerajaan negeri bersama penggiat industri pelanconga­n sudah bersedia dari segi prosedur operasi standard (SOP) serta jawatankua­sa pemantauan.

“Kita dalam persediaan ke arah itu sekiranya boleh diluluskan oleh pihak MOTAC kerana dari segi SOP, jawatankua­sa pemantauan dan sebagainya telah dikumpulka­n.

“Platform itu dijalankan dengan kerjasama Persatuan Eko-Pelanconga­n & Konservasi Malaysia (ECOMY) dan dibuka 24 jam dalam talian dengan reka bentuk dan penambahan komponen yang menyediaka­n input berbentuk ” pendidikan.

Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelanconga­n Perak

“Secara asasnya untuk kita rangka kerja sudah siap cuma kita menanti apa kaedah yang membenarka­n pelancong asing datang secara langsung dari lapangan terbang yang dibenarkan sama ada dari Pulau Pinang atau Kuala Lumpur ke negeri ini,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? LIHAT: Pengunjung melihat seorang pekerja zoo sedang memberikan makanan kepada seekor buaya di Zoo Taiping & Night Safari semalam. Rata-rata pengunjung yang hadir dilihat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah bagi mencegah penularan wabak COVID-19.
— Gambar Bernama LIHAT: Pengunjung melihat seorang pekerja zoo sedang memberikan makanan kepada seekor buaya di Zoo Taiping & Night Safari semalam. Rata-rata pengunjung yang hadir dilihat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia