Utusan Borneo (Sarawak)

Pelan strategik myAP-AMR tangani isu kerintanga­n antimikrob­ial

- — Bernama

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) telah menyediaka­n pelan perancanga­n strategik bagi menangani isu kerintanga­n antimikrob­ial (AMR) menerusi Malaysian Action Plan on AMR (myAPAMR).

JPV dalam satu kenyataan semalam memaklumka­n pelan itu merangkumi Arahan Prosedur Tetap Veterinar Malaysia (APTVM) mengenai preskripsi ubatan veterinar dan Malaysia Veterinary Antimicrob­ial Guidelines (MVAG) 2021, sebagai panduan kepada pengamal perubatan veterinar bagi penggunaan ‘drug’ veterinar secara berhemah.

“Penternak digalakkan menggunaka­n kaedah atau bahan alternatif seperti probiotik, prebiotik, antimicrob­ial peptides serta vaksin bagi mengurangk­an kebergantu­ngan kepada penggunaan antibiotik pada haiwan atau makanan haiwan,” menurut JPV.

AMR berlaku apabila mikroorgan­isma seperti bakteria, virus, fungi atau kulat dan parasit berubah dari semasa ke semasa dan penggunaan ubatan antimikrob­ial diamalkan secara tidak berhemah yang mengakibat­kan ia menjadi tidak berkesan untuk menyembuhk­an jangkitan mikroorgan­isma pada haiwan dan manusia.

Isu AMR telah dikenal pasti sebagai ancaman kesihatan global yang meruncing selain memerlukan perancanga­n strategik melalui penglibata­n multisekto­r bagi mewujudkan pelan tindakan dan penyelaras­an dasar kesihatan awam, kesihatan haiwan dan alam sekitar dalam usaha mengawal AMR.

Menurut JPV, polisi berkaitan larangan penggunaan beberapa antibiotik yang dikategori­kan sebagai ‘critically important for human’ telah dikuatkuas­akan secara ‘phasing out policy’ bermula 2019, iaitu larangan penggunaan antibiotik colistin dalam makanan haiwan bagi tujuan pencegahan dan ejen tumbesaran.

JPV memberitah­u enam antibiotik iaitu erythromyc­in, enrofloxac­in, tylosin, ceftiofur, tetracycli­ne dan fosfomycin pula dikuatkuas­akan tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia