Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki warga Indonesia tinggalkan isteri, lari daripada sekatan jalan raya

- — Bernama

KUALA LUMPUR: Akibat panik dan bimbang ditahan, seorang warga Indonesia nekad meninggalk­an isterinya untuk melarikan diri semasa pemeriksaa­n kenderaan oleh Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jalan Duta, di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, lelaki berusia 30 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda Vario bertindak melarikan diri selepas diminta mengemukak­an lesen motosikal dan dokumen pengenalan diri oleh pihak penguat kuasa ketika Ops Bersepadu.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancanga­n dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramli berkata, lelaki terbabit diminta memberhent­ikan motosikal ditunggang bersama isterinya sebelum dia berpura-pura membuat panggilan telefon.

Beliau berkata, suspek kemudian melarikan diri sejauh 200 meter menghala ke tengah lebuh raya sebelum berjaya ditahan beberapa anggota penguat kuasa.

“Semakan lanjut mendapati pasangan suami isteri itu berasal dari Surabaya, Indonesia dan masing-masing tidak mempunyai dokumen sah. Mereka sedang dalam perjalanan dari Shah Alam ke Segambut,” katanya dalam sidang media di sini.

Aedy Fadly berkata, 318 notis kesalahan dikeluarka­n dalam operasi bermula pada jam 8 malam hingga 12 tengah malam.

“Daripada jumlah itu, 158 kes melibatkan kesalahan Lesen Kenderaan Motor diikuti nombor pendaftara­n kenderaan sebanyak 73 kes; cermin gelap (66); sembilan kesalahan teknikal; tujuh kesalahan lampu HID; dan cermin sisi sebanyak lima kes,” katanya.

Pemeriksaa­n lain turut dijalankan agensi terlibat termasuk pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), mengenal pasti pendatang asing tanpa izin yang menetap lebih masa, penyalahgu­naan pas lawatan sosial, tiada dokumen pengenalan diri, penyalahgu­naan dadah serta penguatkua­saan Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987 dan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Motosikal) 2003.

Operasi Bersepadu berkenaan melibatkan 129 anggota daripada pelbagai agensi penguatkua­saan termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Alam Sekitar.

 ?? — Gambar Bernama ?? PERIKSA: Aedy Fadly (tengah) dibantu anggota Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) memeriksa warga asing yang menaiki bas pada Ops Bersepadu Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur di Plaza Tol Duta malam kelmarin.
— Gambar Bernama PERIKSA: Aedy Fadly (tengah) dibantu anggota Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) memeriksa warga asing yang menaiki bas pada Ops Bersepadu Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur di Plaza Tol Duta malam kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? DITAHAN: Anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) membantu anggota Jabatan Imigresen Malaysia menahan pendatang asing tanpa izin yang cuba melarikan diri semasa ditahan pada Ops Bersepadu JPJ Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur di Plaza Tol Duta malam kelmarin. Ops Bersepadu berkenaan juga membabitka­n agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pusat Pemeriksaa­n Berkompute­r (PUSPAKOM).
— Gambar Bernama DITAHAN: Anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) membantu anggota Jabatan Imigresen Malaysia menahan pendatang asing tanpa izin yang cuba melarikan diri semasa ditahan pada Ops Bersepadu JPJ Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur di Plaza Tol Duta malam kelmarin. Ops Bersepadu berkenaan juga membabitka­n agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pusat Pemeriksaa­n Berkompute­r (PUSPAKOM).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia