Utusan Borneo (Sarawak)

Lewat agih benih padi disebabkan permintaan tinggi terhadap MR 297

Penetapan harga siling BPS berjaya kurangkan isu penyelewen­gan benih padi

-

“Ia perlu diambil tindakan dan penyelesai­an segera untuk elak masalah ” lebih besar dihadapi pesawah.

JOHOR BAHRU: Masalah kelewatan pengagihan benih padi di Kedah dan Perlis hingga didakwa menjejaska­n lebih 50,000 pesawah di dua negeri itu bukan disebabkan penyelewen­gan, sebaliknya berpunca daripada permintaan tinggi terhadap varieti benih padi MR 297 yang tidak mencukupi.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, tindakan kerajaan menetapkan harga siling RM35 bagi setiap beg Benih Padi Sah (BPS), selain penahanan beberapa individu, telah berjaya mengurangk­an isu penyelewen­gan atau manipulasi benih padi.

“Isu ini tidak seserius seperti musim lalu dan ia lebih kepada isu varieti padi yang dikehendak­i pesawah terhadap padi MR 297, sehingga menyebabka­n ia tidak mencukupi pada musim ini, namun Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras bersama agensi dan kementeria­n, sudah mengambil tindakan.

“Ia perlu diambil tindakan dan penyelesai­an segera untuk elak masalah lebih besar dihadapi pesawah,” katanya kepada pemberita selepas sesi sidang video dengan Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke Singapura bagi memperkasa eksport agromakana­n ke Singapura, di Pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Negeri Johor, semalam.

Untuk rekod, varieti benih padi MARDI SIRAJ (MR) 297 yang diisytihar pada tahun 2016 mendapat sambutan baik oleh pesawah, dan dianggarka­n sebanyak 43.2 peratus pesawah di Semenanjun­g Malaysia menggunaka­n varieti itu.

Pada Rabu lepas, media melaporkan Jabatan Pertanian memberi jaminan benih padi mencukupi bagi keperluan pesawah melaksanak­an penanaman musim 2/2021 di kawasan seluas 520,000 hektar di Semenanjun­g.

Jabatan itu memaklumka­n, berdasarka­n data hingga 10 Okt lalu, sebanyak 52,922.5 tan metrik benih padi sedang dalam proses pengesahan.

Ia susulan kenyataan Pengerusi Badan Bertindak Petani MADA Che Ani Mat Zain pada Selasa, mendakwa sekali lagi berlaku kelewatan proses pengagihan benih padi kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), sehingga menjejaska­n jadual penanaman membabitka­n lebih 50,000 pesawah di Kedah dan Perlis.

Dalam perkembang­an lain, Ronald berkata pihaknya akan mengadakan perbincang­an dengan Kementeria­n

Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan pemain industri berhubung isu kenaikan harga barangan makanan yang dilaporkan baru-baru ini.

Beliau berkata, perbincang­an itu perlu bagi mengesan punca masalah berkenaan berlaku selain mencari jalan penyelesai­an agar pengguna tidak lagi terkesan sekali gus dapat mengawal harga produk makanan di negara ini.

Mengulas mengenai Bajet 2022 yang dijangka dibentangk­an pada Jumaat depan di Dewan Rakyat, Ronald berharap peruntukan buat kementeria­nnya akan memfokuska­n kepada pemulihan sektor agromakana­n yang terjejas ekoran pandemik COVID-19.

Bajet 2022 dijangka dibentangk­an oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. — Bernama

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee Menteri Pertanian dan Industri Makanan

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Mohd Khairuddin (kiri) ketika melawat ruang temu duga pada program Jelajah Selangor Bekerja 2021 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam, semalam.
— Gambar Bernama TURUN PADANG: Mohd Khairuddin (kiri) ketika melawat ruang temu duga pada program Jelajah Selangor Bekerja 2021 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam, semalam.
 ?? ?? RONALD
RONALD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia