Utusan Borneo (Sarawak)

Pahang harap Bajet 2022 tumpu isu penganggur­an, bantuan bersasar

-

KUANTAN: Kerajaan Pahang berharap Bajet 2022 yang akan dibentangk­an di Parlimen pada 29 Okt ini dapat meningkatk­an ekonomi dan memberi fokus terhadap masalah penganggur­an berikutan ramai kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID19.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bantuan secara bersasar juga perlu diberi keutamaan dalam membantu rakyat yang terjejas mata pencarian.

“Kita harap bajet ini akan menumpukan usaha untuk merancakka­n semula ekonomi negara dan kurangkan kadar penganggur­an dan sebagainya. Bagi bantuan bersasar pula kita mahu mereka yang patut dapat, terima hak mereka bukan sebaliknya,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Penjana Kerjaya Pahang yang turut dihadiri Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) John Riba Marin dan Pengarah PERKESO Pahang Tarmizi Mukhtar.

Wan Rosdy berkata menerusi statistik Portal Perkhidmat­an Pekerjaan Negara MYFutureJo­bs, seramai 737 individu di Pahang direkodkan kehilangan pekerjaan sejak Januari hingga 15 Okt lepas.

Katanya, jumlah individu kehilangan kerja tertinggi dicatatkan pada Mac lepas iaitu 111 orang manakala sektor yang merekodkan kehilangan pekerja tertinggi pula adalah pembuatan dengan 191 orang diikuti pemboronga­n dan peruncitan (175) serta penginapan, makanan dan minuman (81).

Mengenai Karnival Penjana Kerjaya Pahang, beliau berkata lebih 3,800 jawatan kosong disediakan oleh 20 majikan pelbagai sektor menerusi karnival secara dalam talian yang bermula semalam hingga hari ini dengan 1,000 pencari kerja tempatan termasuk golongan lepasan universiti dijangka mengambil bahagian.

Wan Rosdy berkata bagi memastikan program julung kali itu dapat diakses oleh pencari kerja di luar bandar, kerajaan negeri telah menyalurka­n peruntukan tambahan RM30,000 kepada PERKESO bagi mengatur koordinasi peserta yang hadir di Pusat Internet Komuniti terpilih di seluruh Pahang.

Mereka yang berminat menyertai karnival itu boleh melayari laman sesawang https://bit.ly/ KarnivalKe­rjayaMelal­uiPIK202.

Terdahulu, Wan Rosdy turut menyalurka­n bantuan infaq Bakul Prihatin kepada pemandu teksi terpilih di bawah Skim Keselamata­n Sosial Pekerjaan Sendiri (Akta 789) PERKESO. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia