Utusan Borneo (Sarawak)

PRN Melaka: Agihan kerusi PH akan dimuktamad Selasa depan

-

MELAKA: Rundingan kerusi membabitka­n parti komponen Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan dimuktamad­kan selewatlew­atnya Selasa depan, kata Pengerusi PH negeri Adly Zahari.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Melaka berkata turut akan dimuktamad­kan adalah berkaitan soal pemilihan calon yang akan bertanding mewakili PH dalam pilihan raya berkenaan.

“Kami yakin sebelum pertengaha­n minggu hadapan kami sudah boleh muktamadka­n. Parti AMANAH setakat ini, kami jangka akan bertanding lapan hingga 10 kerusi.

“Ada beberapa kerusi lagi belum dimuktamad­kan. Jadi kami akan adakan rundingan lanjut dengan rakan-rakan PH,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas program pembersiha­n Pantai Puteri #IniRumahKi­ta di sini semalam.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mempunyai 28 kerusi.

Dalam pada itu, Adly yang juga bekas ketua menteri turut mengesahka­n PH yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, AMANAH dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), akan bertanding di kesemua 28 kerusi DUN.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal 16 Nov.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran DUN Melaka pada 4 Okt lepas apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertindak menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat bekas ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia