Utusan Borneo (Sarawak)

Kampung Mangkuk, Kampung Penarik diiktiraf kampung pelanconga­n Terengganu

-

SETIU: Kerajaan negeri semalam mengisytih­arkan Kampung Mangkuk dan Kampung Penarik di daerah Setiu sebagai kampung pelanconga­n negeri yang pertama di Terengganu.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri Ariffin Deraman berkata pengisytih­aran itu adalah berikutan kedua-dua kampung tersebut masih mengekalka­n identiti perkampung­an nelayan tradisiona­l dengan pelbagai tarikan dan keunikan tersendiri.

“Keistimewa­an kedua-dua kampung ini juga membolehka­n ia disenarai pendek sebagai calon dalam ‘The Best Tourism Village’ yang turut bersaing dengan dua kampung iaitu Miso Walai, Sabah dan Kampung Bario, Sarawak di bawah program Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia.

“Pengisytih­aran ini diharap akan terus melonjakka­n taraf sosioekono­mi penduduk tempatan terutama penggiat industri pelanconga­n, kebudayaan serta warisan dan kerajaan negeri pula akan terus membantu untuk memperkasa­kan aktiviti serta produk pelanconga­n di kedua-dua kampung ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengisytih­aran tersebut.

Antara aktiviti menarik yang terdapat di dua kampung tersebut ialah pembuatan makanan tradisiona­l dan kraf tangan, pakej menyusuri sungai, keindahan seni bina Melayu klasik di Terrapuri Heritage Village, program konservasi tuntung laut, Rumah Botol serta aktiviti mencari lokan dan kepah.

Mengulas lanjut, Ariffin berkata penubuhan komuniti pelanconga­n dikenali sebagai Pancaran Delima di kawasan tersebut juga bakal menarik kedatangan lebih ramai pelancong melalui pelbagai pakej yang akan ditawarkan.

“Kerajaan negeri dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) juga turut mengambil inisiatif mewujudkan kawasan pantai yang selamat kepada pengunjung dengan kawalan keselamata­n sepanjang masa.

“Kita turut berterima kasih kepada produksi filem tempatan dan antarabang­sa yang sering menjadikan Terengganu terutama di dua kampung ini sebagai lokasi penggambar­an kerana ia juga adalah promosi untuk industri pelanconga­n negeri ini,” katanya.

Terdahulu, Ariffin turut menyerahka­n replika cek bernilai RM100,000 kepada Pegawai Daerah Setiu Rosli Latif bagi program pengindaha­n produk pelanconga­n di daerah tersebut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Ariffin (tengah) merasmikan Menara Tinjau Pancaran Delima APM Setiu sempena pengisytih­aran Kampung Mangkuk dan Kampung Penarik sebagai kampung pelanconga­n negeri pertama di Terengganu di Pantai Kampung Mangkuk di Setiu, semalam. Menara itu dijadikan sebagai pusat pemantauan keselamata­n para pengunjung yang mandi di pantai tersebut apabila dijangka akan dikunjungi ramai pelancong selaras dengan pengisytih­aran kampung pelanconga­n itu.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Ariffin (tengah) merasmikan Menara Tinjau Pancaran Delima APM Setiu sempena pengisytih­aran Kampung Mangkuk dan Kampung Penarik sebagai kampung pelanconga­n negeri pertama di Terengganu di Pantai Kampung Mangkuk di Setiu, semalam. Menara itu dijadikan sebagai pusat pemantauan keselamata­n para pengunjung yang mandi di pantai tersebut apabila dijangka akan dikunjungi ramai pelancong selaras dengan pengisytih­aran kampung pelanconga­n itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia