Utusan Borneo (Sarawak)

JPJ naik taraf sistem perkhidmat­an ke arah pendigital­an: Pengarah

Bagi meningkatk­an kualiti perkhidmat­an dan penyampaia­n kepada pelanggan

-

MELAKA: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) sedang menaik taraf sistem perkhidmat­annya ke arah pendigital­an secara berperingk­at bagi meningkatk­an kualiti perkhidmat­an dan penyampaia­n kepada pelanggan.

Ketua Pengarahny­a Datuk Zailani Hashim berkata, pendigital­an berkenaan melibatkan semua perkhidmat­an JPJ termasuk memperbaha­rui lesen kenderaan motor selaras dengan slogan sambutan Jubli Platinum (Ulang Tahun ke-75) JPJ pada April lepas iaitu “Digitalisa­si Melestari Integriti”.

“Itu antara usaha terkini yang kita akan gerakkan dalam masa terdekat selepas melalui semua proses yang sepatutnya.

“Setakat ini, usaha ini telah mencapai lebih 50 peratus meliputi semua aspek termasuk pengumpula­n maklumat dan penyediaan infrastruk­tur bagi melaksanak­annya,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan

Majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas Pegawai Pengangkut­an Jalan Siri 1/2021 di Akademi JPJ di Tiang Dua di sini semalam.

Pada majlis itu 103 peserta kursus terdiri daripada 12 pegawai penguat kuasa gred KP41, penolong pegawai penguat kuasa gred KP29 (58 orang), pembantu penguat kuasa gred KP19 (32 orang) dan seorang pemeriksa kereta motor gred AB19 berjaya menamatkan latihan lebih sebulan sejak 1 September hingga semalam.

Mengulas lanjut, Zailani berkata setakat ini antara perkhidmat­an yang telah melalui proses pendigital­an ialah pembelian nombor kenderaan menerusi sistem JPJeBid manakala sistem JPJeQ iaitu nombor giliran bagi melakukan urus niaga JPJ telah dilaksanak­an di beberapa kaunter Pejabat JPJ di seluruh negara.

“Kita jangkakan sistem JPJeQ ini akan diguna pakai di semua kaunter Pejabat JPJ di seluruh negara pada tahun hadapan bagi memudahkan pelanggan dan melancarka­n urusan mereka,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata JPJ telah berjaya mengumpul kutipan hasil mencecah RM3 bilion dalam tempoh Januari hingga September tahun ini walaupun berdepan dengan pandemik COVID-19.

“Tahun lepas kita berjaya mengutip hasil berjumlah RM4.2 bilion tetapi disebabkan COVID-19 jumlah itu sedikit berkurang namun saya yakin kita dapat mencapai sasaran RM4 bilion kutipan untuk tahun ini.

JPJ bernasib baik sebab kita ada perkhidmat­an secara dalam talian selain kerjasama dengan rakan strategik seperti Pos Malaysia, Puspakom dan MyEG yang membantu dari segi kutipan hasil,” katanya. — Bernama

Setakat ini, usaha ini telah mencapai lebih 50 peratus meliputi semua aspek termasuk pengumpula­n maklumat dan penyediaan infrastruk­tur bagi melaksanak­annya.

Datuk Zailani Hashim Ketua Pengarah JPJ

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Zailani (kanan) menyampaik­an Anugerah Keseluruha­n Terbaik kepada peserta kursus Mohd Pendi Murat, 34, pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas Pegawai Pengangkut­an Jalan Siri 1/2021 di Akademi JPJ di Tiang Dua, Melaka semalam.
— Gambar Bernama TAHNIAH: Zailani (kanan) menyampaik­an Anugerah Keseluruha­n Terbaik kepada peserta kursus Mohd Pendi Murat, 34, pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas Pegawai Pengangkut­an Jalan Siri 1/2021 di Akademi JPJ di Tiang Dua, Melaka semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia