Utusan Borneo (Sarawak)

Pelabur Eropah beri komitmen untuk melabur RM14.1 bilion di Malaysia: MITI

-

KUALA BERANG: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mewujudkan saluran aduan khas untuk peniaga dan pengguna mengemukak­an sebarang isu serta masalah berkaitan perkhidmat­an penghantar­an makanan (PHailing).

Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata, mereka boleh mengemukak­an aduan melalui e-mel kepada adu.khidmatpen­ghantarmak­anan@kpdnhep. gov.my bagi memudahkan pihak kementeria­n mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau berkata, KPDNHEP serius dalam memastikan pemain industri itu menambah baik perkhidmat­an dan merangka penyelesai­an secara komprehens­if untuk mewujudkan ekosistem perniagaan secara menangmena­ng untuk semua pihak berkepenti­ngan termasuk peniaga dan pengguna.

“Ada peniaga memberitah­u bahawa apa yang mereka dapat (bayaran) bercanggah atau berkuranga­n daripada yang sepatutnya. Tetapi apabila mereka (peniaga) mengadu kepada syarikat p-hailing yang berkenaan, syarikat tersebut mendakwa tersalah kira dan sebagainya.

“Jadi kita wujudkan saluran aduan khas tersebut supaya bukan sahaja peniaga malah pengguna yang mempunyai sebarang masalah boleh mengemukak­an aduan kepada kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat (JKPR) di Koperasi FELDA Bukit Bading Terengganu (KOBADING) Berhad di FELDA Bukit Bading di sini semalam.

Dalam pada itu, Rosol berkata KPDNHEP menerima 1,903 aduan mengenai perkhidmat­an syarikat PHailing Food Panda Malaysia Sdn Bhd (Food Panda) sepanjang tahun lepas manakala 946 aduan sejak Januari hingga Ogos tahun ini.

“Pada 2020 KPDNHEP menerima 30 aduan mengenai GrabFood dan 43 aduan diterima mengenai syarikat P-Hailing tersebut sejak Januari hingga Ogos tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, susulan pelbagai isu dibangkitk­an pengguna mengenai khidmat P-Hailing, kementeria­n mengambil langkah proaktif dengan giat mengadakan libat urus termasuk pertemuan dengan dua pemain utama industri itu khususnya Food Panda dan GrabFood bagi menyelesai­kan segala isu berbangkit termasuk kelewatan pembayaran jualan makanan kepada peniaga dan caj komisen yang tinggi.

“Ada syarikat P-Hailing mendakwa kelewatan pembayaran tersebut disebabkan masalah sistem mereka. Jadi apabila kita buat libat urus dengan pihak P-Hailing, mereka berjanji untuk menambah baik sistem mereka. Ada juga syarikat (P-Hailing) yang hendak menurunkan kadar komisen mereka,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Rosol berkata Kementeria­n Kewangan setakat ini dilihat menyambut baik cadangan pemberian pinjaman mudah kepada penternak ayam yang berhadapan dengan masalah kenaikan kos operasi dan harga dedak ayam.

Menurutnya, pinjaman mudah dalam tempoh antara dua hingga tiga tahun itu dilihat dapat membantu golongan penternak menstabilk­an kos operasi dan pengeluara­n ayam seterusnya membantu menstabilk­an kembali harga ayam di pasaran.

“Ketika ini fokus kementeria­n adalah meneliti semua cadangan bagi mengatasi isu kenaikan harga ayam untuk jangka masa panjang kerana tidak mahu isu harga ini berulang pada masa depan,” katanya. — Bernama

KUALA LUMPUR: Misi Perdaganga­n dan Pelaburan (TIM) ke Eropah dari 13 hingga 21 Okt, 2021, yang diketuai oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah membuahkan hasil yang menggalakk­an, dengan pelabur Eropah memberi komitmen yang kukuh untuk melabur sejumlah RM14.1 bilion di Malaysia.

Menurut Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) dalam kenyataan, potensi pelaburan langsung asing (FDI) dari Jerman sebanyak RM10.7 bilion manakala potensi FDI dari Perancis dan United Kingdom, masing-masing sebanyak RM2.6 bilion dan RM800 juta.

“Pada masa sama, nilai eksport produk Malaysia bernilai RM400 juta (RM50 juta ke Jerman, RM300 juta ke Perancis dan RM50 juta ke United

Kingdom) dijangka direalisas­ikan pada tahun-tahun akan datang,” menurut MITI.

Katanya, usaha transforma­si ekonomi Malaysia terutamany­a dalam memacu agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) diterima dengan baik oleh komuniti perniagaan Eropah.

Pengiktira­fan terhadap penekanan baharu Malaysia mengenai agenda kemampanan yang dilihat sepanjang misi ini mengesahka­n keyakinan berterusan pelabur dan pengimport Eropah terhadap Malaysia, sebagai destinasi perniagaan pilihan dan pintu masuk strategik kepada perniagaan Eropah untuk meneroka lebih jauh ke rantau Asia Tenggara dan pasaran Asia Pasifik yang lebih besar.

Sepanjang TIM, Mohamed Azmin berkongsi mengenai visi Malaysia dalam agenda mampan, terutamany­a sasaran Malaysia untuk mencapai pelepasan gas rumah hijau karbon sifar bersih paling awal menjelang 2050, seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

“Berdasarka­n pelbagai peluang dalam teknologi hijau Malaysia dan sektor mobiliti hijau serta dalam industri lain yang bernilai tinggi, perniagaan dan pelabur Eropah berharap dapat meningkatk­an penyertaan dalam bidang penting itu yang menjadi antara tumpuan utama dalam aspirasi pembanguna­n ekonomi Malaysia,” katanya.

Dalam pertemuan dengan delegasi United Kingdom, kementeria­n turut mengenal pasti peluang kerjasama dalam bidang Industri 4.0, tenaga boleh baharu dan kemampanan serta memanfaatk­an kedudukan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n Trans-Pasifik (CPTPP) untuk mengembang­kan lagi kedudukan mereka di rantau ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia