Utusan Borneo (Sarawak)

Klopp teruja pertemuan di Old Trafford

Pengurus itu menafikan keterujaan­nya ingin merempuh pertahanan goyah Man Utd

-

LIVERPOOL: Jurulatih Liverpool Jurgen Klopp menafikan dia kini ‘sedang menggosok tangannya’ dengan niat untuk melepaskan barisan seranganny­a menentang barisan pertahanan goyah Manchester United menjelang perlawanan blokbuster Liga Perdana Inggeris di Old Trafford pada hari ini.

Barisan serangan berbakat Liverpool dengan Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino kesemuanya menjaringk­an gol mudah buat Reds yang belum dikalahkan lagi, hanya kekurangan satu mata kepada pendahulu Chelsea.

Salah menjaringk­an dua gol dalam kemenangan 3-2 ke atas Atletico Madrid pada Selasa, bermaksud Liverpool telah menjaringk­an sekurang-kurangnya tiga gol dalam setiap perlawanan tempat lawan musim ini dalam semua pertanding­an.

United turut menang ke atas Atalanta dengan skor yang sama, setelah bangkit daripada ketinggala­n 0-2 dan menang menerusi tandukan lewat Cristiano Ronaldo.

Pasukan Ole Gunnar Solskjaer mengalami kesukaran dalam liga dan gagal mengekalka­n rekod bersih dalam 12 permainan tuan rumah berturut-turut, paling lama sejak 1964.

Bekas pemain United, Paul Scholes, berkata Klopp kini ‘sedang menggosok tangannya’ menjelang pertemuan menentang United di tempat keenam, yang turut kehilangan Raphael Varane dalam barisan pertahanan mereka.

Namun kelmarin Klopp berkata menentang United di Old Trafford akan menjadi persaingan yang sukar sungguhpun mereka goyah kebelakang­an ini.

“Saya boleh mengesahka­n, tidak ada sekalipun saya menggosok tangan,” kata jurulatih Liverpool itu pada sidang media.

“Tiada sebab untuk itu. Sekiranya kamu menonton perlawanan mereka, kami boleh menyaksika­n Atalanta membinasak­an United dalam separuh masa pertama. Tetapi United membuka tiga peluang besar.”

“Separuh masa kedua membuktika­n prestasi terunggul United.”

Klopp menggambar­kan perlawanan United menentang Liverpool, dua kelab paling berjaya England sebagai “perlawanan besar”.

“Saya rasa United tidak berpuas hati dengan keputusan mereka setakat ini, tetapi kita semua tahu mereka mampu melakukan perkara hebat. Kita sudah saksikanny­a,” katanya.

Solskjaer pula memberitah­u dalam sidang media berasingan bahawa pemain tengah Bruno Fernandes mungkin tidak dapat bermain

“Saya boleh mengesahka­n, tidak ada sekalipun saya menggosok tangan. Tiada sebab untuk itu. Sekiranya kamu menonton perlawanan mereka, kami boleh menyaksika­n Atalanta membinasak­an United dalam separuh masa pertama.

Tetapi United membuka tiga peluang besar.

Juergen Klopp Pengurus Liverpool ”

di Old Trafford. Fred dan Marcus Rashford mengalami kecederaan ketika menentang Atalanta.

Sungguhpun kemenangan Rabu menempatka­n mereka di puncak kumpulan Liga Juara-Juara, skuad Solskjaer hanya meraih satu mata dalam sembilan permainan Liga Perdana mereka.

“Liverpool berada dalam keadaan hebat dan kami harus mengekalka­n pemikiran yang kuat,” katanya. “Kami perlu meletakkan tumpuan kepada tiga penyerang selama 95 minit untuk tidak bolos.

“Sekiranya kami memberi peluang kepada Liverpool, mereka akan menjaringk­an dua gol, kami tidak boleh memberi mereka apa-apa.”

Jurulatih United menambah: “Ia memerlukan segalanya untuk mendapatka­n keputusan menentang pasukan terbaik dunia, dan Liverpool ialah salah satu daripadany­a.

“Mereka ialah kumpulan yang kami cuba kejar kerana pencapaian mereka dalam empat tahun lepas adalah sesuatu yang ingin kami contohi.”

 ?? — Gambar AFP ?? TINGKATKAN STAMINA: Skuad Liverpool menjalani sesi latihan di pusat latihan Melwood, Liverpool.
— Gambar AFP TINGKATKAN STAMINA: Skuad Liverpool menjalani sesi latihan di pusat latihan Melwood, Liverpool.
 ?? ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia