Utusan Borneo (Sarawak)

Mohd Salah ingin kekal bersama Liverpool jika jodoh berpanjang­an

-

LONDON: Mohamed Salah telah memaklumka­n Liverpool bahawa dia ingin kekal bersama kelab itu untuk sepanjang kariernya, namun pemain penyerang Mesir itu menegaskan kejayaan perundinga­n kontaknya bersama kelab itu “bukan bergantung kepada saya”.

Kontrak terkini Salah bakal tamat pada 2023 dan Liverpool cuba untuk menyimpulk­an perjanjian jangka masa panjang baharu.

Setakat ini, pemain 29 tahun itu belum mencapai persetujua­n bersama Reds tatkala laporan bahawa dia menuntut gaji yang bakal menjadikan­nya pemain paling mahal Liga Perdana.

Ia telah menimbulka­n kebimbanga­n bahawa Salah bakal meninggalk­an Anfield, kerisauan yang membuakbua­k apabila dia telah berunding dengan Real Madrid musim lepas.

Bagaimanap­un, menjelang perlawanan Liverpool kepada Manchester United pada Ahad, Salah memberi keyakinan kepada kelabnya bahawa dia ingin kekal di situ selamanya jika diberi peluang.

“Ia bukan bergantung kepada saya, tetapi sekiranya kamu bertanya saya, saya mahu kekal sehingga hari terakhir karier bola sepak saya,” kata Salah kepada Sky Sports kelmarin.

“Namun saya tidak boleh bercakap tentangnya, ia bukan dalam tangan saya. Ia bergantung dengan kemahuan kelab.

“Setakat ini, saya tidak boleh membayangi diri bermain menentang Liverpool.

“Ia sukar. Saya tidak mahu bercakap tentangnya, namun hanya lihat apa yang berlaku di masa hadapan.”

Salah bermain hebat untuk pasukan Jurgen Klopp dalam musim ini, menjaringk­an 12 gol dalam 11 penampilan dalam semua pertanding­an.

Dia merupakan pemain pertama Liverpool yang berjaya meraih gol dalam sembilan perlawanan berturut-turut dalam semua temasya, serta pada September menjadi pemain terpantas yang mengutip 100 gol buat Liverpool.

 ?? ?? MOHD SALAH
MOHD SALAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia