Utusan Borneo (Sarawak)

Verstappen gelar Hamilton seorang ‘bodoh bahlul’

-

AUSTIN: Kemarahan meledak dalam kehangatan litar dalam sesi latihan kedua untuk Grand Prix United States pada Jumaat, menyaksika­n Max Verstappen menggelar pesaingnya Lewis Hamilton seorang ‘bodoh bahlul’.

Juara dunia Hamilton membuat Verstappen marah dengan memintasny­a dari dalam Red Bull ketika pelumba Belanda itu sedang menamatkan pusingan.

Verstappen berkelebih­an enam mata kepada Hamilton dalam persaingan gelaran ini.

Selepas Mercedes itu hampir menghumban Verstappen ke luar litar, pelumba Belanda itu mengangkat tangannya lalu menunjukka­n tanda isyarat dengan jari tengahnya ke belakang kereta Hamilton.

Verstappen didengari mengadu melalui radio kumpulan menggelar Hamilton seorang “bodoh bahlul”, tidak reda daripada kemarahann­ya dan menamatkan sesi pada tempat kelapan terpantas.

Pengurus kumpulanny­a, Christian Horner lebih tenang.

“Sudah jelas mereka berbaris untuk memulakan pusingan dan Lewis mengambil keputusan untuk memintas Max sewenang-wenangnya,” kata Horner ke UK Sky TV.

“Dalam sesi seperti ini, terdapat peraturan bukan lisan bahawa mereka mengambil giliran dan Max sudah jelas di tempat pertama dalam barisan.”

Dia bukan satu-satunya pelumba yang marah.

Nikita Mazepin turut hampir terbabas dari litar oleh pelumba yang keluar daripada pit.

“Apakah itu? Nyaris-nyaris kemalangan,” kata pelumba Rusia itu. “Mustahil untuk menamatkan satu pusingan pada litar ini.”

Selepas sesi itu, Verstappen tampak lebih berjaga-jaga.

“Huru-hara dalam trafik,” katanya sebelum bercakap tentang insiden Hamilton dalam nada tidak percaya.

“Kami semua sedang berbaris untuk pusingan kami, jadi saya tidak faham apa yang berlaku di sana.”

Namun pasukan itu tidak kalah pada tengah hari, selepas dikalahkan teruk oleh Mercedes dalam sesi pagi.

Pemandu Mexico Red Bull, Sergio Perez mencatatka­n masa terpantas dengan 1min 34.946saat.

Lando Norris dari McLaren di tempat kedua menyusuli 0.257saat di belakang.

Hamilton sepatutnya merupakan pelumba terpantas sesi itu namun dia didenda ekoran melimpasi garisan putih had litar, mengakhiri di tempat ketiga ketinggala­n 0.364saat, tetapi 0.50saat lebih pantas berbanding rakan sepasukan Valtteri Bottas.

Daniel Ricciardo pelumba McLaren, Lance Stroll pelumba Aston Martin dan Charles Leclerc pelumba Ferrari adalah tiga terpantas seterusnya, melangkaui Verstappen.

“Ia hari yang baik,” kata Perez.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia