Utusan Borneo (Sarawak)

Kejohanan terbuka Pickleball Malaysia dirancang diadakan di Miri tahun depan

-

MIRI: Bandar raya Miri terpilih menjadi tuan rumah kejohanan Pickleball Terbuka Malaysia yang dirancang diadakan pada tahun depan.

Presiden Persatuan Pickleball Malaysia (MPA), Farrell Choo berkata penganjura­nnya antara tentatif aktiviti dirancangk­an persatuan itu untuk mempromosi­kan dan memperkena­l sukan baharu itu.

"Kita adakan kejohanan terbuka Miri dan diteruskan dengan kejohanan antara bahagian dianjurkan Persatuan Pickleball Kuching dan kemudian Terbuka Malaysia.

"Persatuan Pickleball Sarawak (SPA) akan menganjurk­an Terbuka Malaysia," katanya di sini semalam.

SPA berpusat di Miri berharap menganjurk­an Terbuka Miri dan antara bahagian pada penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

Pengurus Bahagian Sukan Perbadanan Sukan Sarawak (PSS), Ahmad Rodzli Hashim berkata pelbagai program dirancang untuk menarik minat penduduk terhadap sukan itu.

Selain pertanding­an, turut diadakan ialah bengkel dan program seperti Lets Play Pickleball diadakan di Pusat Tenis Miri pada hari ini.

"Kita ada program pembanguna­n Pickleball di setiap bahagian yang ada persatuan. Kita ada bengkel dan kejohanan. Kita merancang menganjurk­an kejohanan peringkat kebangsaan di Sarawak pada tahun depan," jelasnya.

Ahmad Rodzli berkata, dengan penubuhan persatuan di peringkat bahagian akan membantu memperluas usaha memperkena­l sukan itu.

Katanya, Miri menjadi pusat pembanguna­n sukan itu dengan sokongan enam jurulatih yang juga Duta sukan ini dilantik oleh Persekutua­n Pickleball Antarabang­sa (IFP).

"Persekutua­n melantik Duta di setiap negara. Malaysia mempunyai seramai 14 Duta. Sarawak ada tujuh.

Enam di Miri dan seorang di Kuching untuk memperkena­l sukan ini," katanya.

Tentang aktiviti Lets Play Pickleball, ia merupakan makmal untuk membenarka­n masyarakat setempat merasai bermain sukan itu.

Aktiviti disertai ahli, rakan, kanak-kanak serta wakil dari Persatuan Belia dianjurkan sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) pada bulan ini.

"Ini sukan baharu dan dengan memperkena­l aktiviti seperti ini, komuniti sedar tentang sukan ini kita mempromosi­kan sukan ini kerana pada masa ini kita menubuhkan Persatuan Pickleball Sarawak," jelasnya.

Pickleball merupakan sukan menggabung­kan badminton, tenis dan pingpong.

Sukan dicipta di Amerika Syarikat pada 1965 dan Miri merupakan tempat kelahiran sukan ini di Malaysia pada 2019.

 ?? ?? SUKAN BAHARU: Peserta menyertai Lets Play Pickleball bergambar beramai-ramai di Miri.
SUKAN BAHARU: Peserta menyertai Lets Play Pickleball bergambar beramai-ramai di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia