Utusan Borneo (Sarawak)

Arsenal atasi Aston Villa 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris

-

LONDON: Thomas Partey menjaringk­an gol pertamanya buat Arsenal ketika Gunners menewaskan Aston Villa 3-1, menambah perlawanan tanpa kalah Liga Perdana Inggeris mereka kepada enam kali semalam.

Gol separuh masa pertama Partey memecah kemarau gol pemain tengah Ghana itu sepanjang 40 penampilan­nya dalam kesemua pertanding­an sejak dia berpindah dari Atletico Madrid 12 bulan lalu.

Pierre-Emerick Aubameyang menggandak­an gol kedua buat Arsenal menerusi bola muntah yang diselamatk­an ketika cubaan penaltinya.

Emile Smith Rowe membuatkan keputusan tidak dapat disangkal pada awal separuh masa kedua tatkala Arsenal memanjat tangga kesembilan Liga Perdana Inggeris.

Selepas tewas tiga perlawanan permulaan liga mereka, Arsenal beransuran­sur mengembali­kan rentak mereka.

Kemenangan ke atas Brighton dan Crystal Palace telah memberi tekanan baharu kepada jurulatih Arsenal, Mikel Arteta, namun ini memberi sinar harapan ke atas kebolehan mereka di bawah bimbingan jurulatih itu.

“Saya berbangga dengan kumpulan. Ini lah apabila kami berprestas­i baik, bermain dengan keinginan sebenar, komitment sebenar dan memiliki idea jelas cara untuk menyerang,” kata Arteta.

“Kami semakin rapat sebagai sebuah pasukan. Ini ialah hasil daripada pemainpema­in muda. Mereka memerlukan ketekalan yang wujud melalui pengalaman dan kematangan.

“Ia harus berlaku sekarang. Mereka membuktika­n mereka mampu melakukann­ya.”

Mereka tidak akan berhadapan banyak saingan yang akur seperti Villa, yang masih tergamam selepas meloloskan tiga gol dalam 10 minit terakhir untuk tewas 2-3 kepada Wolves pada hujung minggu lalu.

Gol lewat Jacob Ramsey tidak dapat memujuk pasukan Villa yang sudah tewas tiga kali berterusan.

“Pada separuh masa pertama kami didominasi, tetapi saya keliru dengan penalti tadi,” kata jurulatih Villa, Dean Smith.

“Ia ialah sentuhan menggelece­k. Adakah dia menyentuh bola ataupun kakinya terlebih dahulu?”

Penyerang Villa, Ollie Watkins bernasib baik tidak dibuang pada selepas menyepak Gabriel pada minit pertama.

Itu satu-satunya kegagahan Villa ketika mereka dibelengu dengan asakan berpanjang­an Arsenal.

Villa gagal untuk menafikan sepakan percuma Bukayo Saka, namun cubaan Partey terkena palang.

Akhirnya tekanan Arsenal membuahkan hasil pada minit ke-23.

Partey melompat untuk menyambut sepakan sudut Smith Rowe dan menanduk masuk untuk melepasi cubaan penyelamat­an Emiliano Martinez.

Arsenal mengasak lalu menggandak­an pendahulua­n pada separuh masa.

Cabaran Matt Targett kepada Alexandre Lacazette pada mulanya tidak diendahkan oleh pengadil, namun setelah digesa untuk merujuk monitor tepi padang, dia mengubah keputusann­ya lalu menghadiah­kan penalti.

Smith bengang, sungguhpun tayangan semula menunjukka­n Targett mengasari Lacazette sebelum menyentuh bola.

Sepakan penalti Aubameyang dinafikan oleh bekas penjaga gol Arsenal, Martinez, namun pemain serangan Gabon itu mengutip bola muntah lantas menyempurn­akan gol ketujuhnya dalam musim ini.

Pada penghujung musim lepas, Villa pernah berunding untuk mendapatka­n pemain Arsenal, Smith Rowe ketika mencari pengganti untuk Jack Grealish.

Mereka tidak berjaya mendapatka­nnya dan pemain tengah muda itu menunjukka­n kehilangan mereka menerusi prestasi unggulnya kebelakang­an ini.

Memecut kepada umpanan jauh Aubameyang, Smith Rowe membuat rembatan kuat yang melantun kepada Tyrone Mings kemudian ke palang dan terus memasuki gol pada minit ke-56.

Lapan minit baki perlawanan, Ramsey menjaringk­an gol dari luar kotak namun penyudahan itu tidak memadai untuk prestasi hambar Villa. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GAYA PROFESIONA­L: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Arsenal dan Aston Villa di Stadium Emirates. Arsenal menang 3-1.
— Gambar AFP GAYA PROFESIONA­L: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Arsenal dan Aston Villa di Stadium Emirates. Arsenal menang 3-1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia