Utusan Borneo (Sarawak)

40,000 individu layak di Sibu terima dos penggalak mulai minggu depan

-

SIBU: Kira-kira 40,000 individu layak berumur 60 tahun dan ke atas di bahagian Sibu menerima dos penggalak mulai minggu depan, kata Penyelaras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu, Dr Annuar Rapa’ee.

“Saya difahamkan oleh Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun kira-kira 40,000 individu berumur 60 tahun ke atas di bahagian ini layak menerima dos penggalak mulai minggu depan.

“Kementeria­n Kesihatan mengeluark­an maklumat lanjut termasuk pusat vaksinasi untuk menerima dos penggalak melalui aplikasi MySejahter­a.

“Bagi penerima di pusat perubatan swasta, saya akan muat naik butiran dalam Facebook saya nanti.

“Saya mahu mereka yang layak menerima dos penggalak mendapatka­n suntikan mereka kerana kajian menunjukka­n pentingnya dos penggalak meningkatk­an daya tahan tubuh terhadap COVID-19.

“Walaupun kita lengkap kedua-dua dos vaksin COVID-19, tindak balas imuniti semakin berkurang dari semasa ke semasa,” katanya semasa siaran langsung Facebook rasminya kelmarin.

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi itu berkata, mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan merupakan penerima vaksin Sinovac layak mendapat dos penggalak tiga bulan dari tarikh dos kedua.

Penerima vaksin Pfizer berumur 60 tahun ke atas mendapat dos penggalak selepas enam bulan dari tarikh dos kedua.

Justeru, beliau mengingatk­an orang ramai di sini supaya tidak leka walaupun jumlah kes harian direkodkan lebih rendah dari 10 hingga 16 Oktober berbanding 17 hingga 23 Oktober ini.

“Kita mesti terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Kes lebih rendah (914) dicatatkan dari 10 hingga 16 Oktober berbanding 632 kes dari 17 hingga 23 Oktober, tidak bermaksud kita mengambil mudah dan leka.

“Dengan sekatan dilonggark­an, tidak bererti kita tidak perlu mengamalka­n penjarakan fizikal atau mengambil langkah berjaga-jaga sewajarnya terhadap wabak COVID-19,” katanya.

Daripada 84 kes dilaporkan di Sibu kelmarin, lapan kes (9.52 peratus) adalah kategori satu sementara 73 kes (86.91 peratus) kategori dua, kategori tiga tidak mencatatka­n kes, kategori empat dua kes (2.38 peratus) dan kategori lima satu kes (1.19 peratus).

Dr Annuar juga mengingatk­an mereka yang masih menjalani kuarantin di rumah segera menghubung­i hospital jika demam mereka berlanjuta­n untuk mengelak komplikasi kesihatan.

“Jika anda menjalani kuarantin di rumah, gunakan oksimeter untuk memantau kadar oksigen dalam tubuh.

“Pantau simptom dan jika demam berterusan satu atau lebih sehari hubungi Pusat Penilaian COVID-19 atau hospital dengan segera,” jelasnya.

 ?? ?? MAKLUMAT: Dr Annuar ketika mengulas mengenai situasi COVID19 di bahagian Sibu menerusi Facebook rasminya kelmarin.
MAKLUMAT: Dr Annuar ketika mengulas mengenai situasi COVID19 di bahagian Sibu menerusi Facebook rasminya kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia