Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki terlibat protes jalanan di Cuba dihukum penjara 10 tahun

-

HAVANA, Cuba: Seorang lelaki Cuba terlibat dalam protes jalanan seluruh negara yang tidak dirancang pada Julai telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun, hukuman paling berat bagi sesiapa yang melawan kerajaan komunis dalam rali tersebut, menurut keluarga dan kumpulan hak asasi manusia kelmarin.

Hukuman terhadap Roberto Perez Fonseca, berusia 38 tahun, telah dijatuhkan oleh sebuah mahkamah di San Jose de las Lajas, sebuah pekan 35 kilometer dari Havana.

Pada 11 dan 12 Julai ribuan rakyat Cuba melaungkan “kebebasan” dan “kami lapar” telah berkumpul di jalan raya di kira-kira 50 buah bandar dan pekan bagi membantah keadaan hidup yang teruk serta penindasan kerajaan.

Rali-rali tersebut, yang tidak pernah berlaku sebelumnya sejak revolusi Cuba pada 1959, menyebabka­n sekurang-kurangnya seorang terkorban dan beberapa orang lagi tercedera ketika pasukan keselamata­n bertindak.

Kira-kira 1,130 orang telah ditangkap, dan lebih separuh daripada mereka masih berada dalam penjara, menurut kumpulan hak asasi manusia Cubalex yang berpusat di Miami.

Mahkamah menyatakan Perez Fonseca sebagai bersalah untuk menghina, gangguan awam dan hasutan untuk melakukan satu jenayah.

Hukuman, bertarikh 6 Oktober, telah dilihat oleh AFP selepas keluarga Perez Fonseca diberitahu minggu lepas.

Tiga hakim di mahkamah mendengar daripada seorang saksi tunggal, Jorge Luis Garcia Montero, seorang anggota polis di San Jose de las Lajas. Dua orang yang ingin untuk memberikan keterangan bagi pembelaan – seorang ahli keluarga dan seorang teman kepada Fonseca – telah dihalang.

Anggota polis menyatakan bahawa Perez Fonseca menghasut orang lain agar melontar batu dan botol pada hari protes. Beliau menyatakan defendan melontar batu yang mengenai dia di bahagian lengan dan satu lagi mengenai sebuah kereta polis, menurut dokumen penjatuhan hukuman.

Perez Fonseca, seorang ayah kepada dua anak, telah ditangkap di rumah ibunya pada 16 Julai.

Hukuman adalah “keterlalua­n dan melanggar semua jaminan bagi proses sebelum ini,” kata Laritza Diversent, ketua Cubalex.

Beliau menyatakan hukuman penjara – yang paling lama dijatuhkan terhadap sesiapa yang mengambil bahagian dalam protes Julai – kelihatan bertujuan untuk menakutkan orang lain agar menahan diri daripada tunjuk perasaan pada masa akan datang.

Satu rali protes telah dicadangka­n pada 15 November. Kerajaan telah mengharamk­annya dan memberikan amaran akan diambil tindakan atas kesalahan jenayah jika orang ramai menyertain­ya.

Kerajaan Cuba menyatakan protes Julai merupakan sebahagian daripada satu strategi yang disokong oleh AS bagi mengguling­kan rejim.

Serta, dengan tarikh protes terbaharu dinyatakan, Presiden Miguel Diaz-Canel menyatakan dalam Twitter bahawa Amerika Syarikat mahu impuniti bagi “operator” yang cuba untuk menjejaska­n kestabilan negara Komunis tersebut.

“Semasa kerajaan AS bersuara, kami telah mendengar dari kerajaan sekarang yang membiayai dan menganjurk­an tindakan yang menjejaska­n,” kata Diaz-Canel dalam Twitter. “Cukup dengan ancaman.”

Ibu Perez Fonseca, Liset Fonseca, menyatakan beliau fikir sebab sebenar bagi hukuman penjara anak lelakinya yang lama adalah ketika protes dia telah mengoyakka­n gambar ikon komunis Fidel Castro dan mencabar Garcia Montero, anggota polis, ketika beliau menahan seorang lelaki lain.

“Mereka perlu melakukan sesuatu untuk menjadikan satu contoh bagi dia,” kata beliau. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia