Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki ditahan memandu bawah pengaruh dadah di Plaza Tol Skudai

-

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu lori dan seorang pemandu kenderaan persendiri­an ditahan selepas didapati memandu di bawah pengaruh dadah jenis heroin dan ganja di Plaza Tol Skudai (arah selatan), di sini semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pemandu lori itu merupakan lelaki tempatan berusia 40 tahun, ditahan pada jam 9 pagi semalam setelah menjalani ujian air kencing menerusi Ops Bersepadu Kenderaan Perdaganga­n di plaza tol berkenaan.

Katanya, individu terbabit membawa lori seberat lima tan tanpa muatan dari Muar, menghala ke Pasir Gudang seorang diri, dipercayai mengambil dadah semasa memandu dan ketika ditahan dia dalam keadaan khayal dan separuh sedar.

“Hasil pemeriksaa­n kami turut menemukan sejumlah dadah jenis heroin dalam bungkusan plastik di dalam beg individu terbabit dan mengaku dadah itu kepunyaann­ya,” katanya dalam sidang media selepas menyertai Ops Bersepadu Kenderaan Perdaganga­n di plaza tol berkenaan, di sini semalam.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya turut menahan seorang lagi lelaki tempatan berusia 25 tahun yang dikesan positif ganja selain menemukan ketulan mampat ganja di dalam sebuah beg.

Ayob Khan berkata individu terbabit yang mempunyai sebuah kedai menjual ikan perhiasan memandu kenderaan persendiri­an jenis Ford Ranger itu dalam perjalanan dari Taman Sri Kluang menghala ke Taman Ungku Tun Aminah sebelum ditahan di plaza tol tersebut.

Kedua-dua lelaki itu akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 6 akta sama.

Ayob Khan berkata Ops Bersepadu Kenderaan Perdaganga­n

itu dilakukan bermula 8 pagi tadi dengan disertai 51 anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Alam Sekitar, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Unit Peronda Lebuhraya (EMPV) Bukit Aman.

Katanya, sebanyak 93 saman dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan menerusi 152 kenderaan yang diperiksa dalam operasi itu.

“Tujuan operasi ini dijalankan ekoran banyak maklumat yang kita peroleh daripada orang awam berhubung kesalahan antaranya memandu melebihi had laju, memandu secara berbahaya, brek tidak berfungsi, tayar botak dan juga membawa muatan berbahaya,” katanya.

Menurutnya, operasi tersebut turut menggunaka­n peranti Intelligen­t Compound Online Payment System (iCOPS) bagi mengesan kenderaan antaranya yang dikenakan saman, memakai nombor pendaftara­n palsu, kenderaan hilang dan sebagainya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIASAT: Ayob Khan menyoal siasat seorang pemandu lori berusia 40 tahun selepas dikesan positif dadah jenis heroin dan memandu di bawah pengaruh dadah menerusi Ops Bersepadu Kenderaan Perdaganga­n di Plaza Tol Skudai (arah selatan), Johor Bharu semalam.
— Gambar Bernama SIASAT: Ayob Khan menyoal siasat seorang pemandu lori berusia 40 tahun selepas dikesan positif dadah jenis heroin dan memandu di bawah pengaruh dadah menerusi Ops Bersepadu Kenderaan Perdaganga­n di Plaza Tol Skudai (arah selatan), Johor Bharu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia