Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa perlu lebih peka pergerakan anak, elak terlibat kesalahan trafik

-

KUANTAN: Polis Pahang menasihatk­an ibu bapa untuk lebih peka dengan pergerakan anak-anak terutamany­a golongan remaja supaya terhindar daripada melakukan kesalahan trafik khususnya berkaitan motosikal dan basikal.

Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata kebanyakan kes berkaitan kesalahan trafik di sini adalah melibatkan golongan remaja antaranya menunggang motosikal tanpa lesen, melakukan aksi berbahaya seperti willie selain kegiatan basikal lajak.

“Ibu bapa perlu lebih prihatin dan beri perhatian jika anak remaja mereka tiada di rumah dan belum pulang walaupun sudah 12 tengah malam. Sensitivit­i dan kecaknaan remaja terhadap bahaya, peraturan serta keselamata­n jalan raya mungkin kurang.

“Mereka lihat aksi berbahaya yang dilakukan menggunaka­n motosikal atau basikal sebagai suatu perkara yang mencabar menyebabka­n ibu bapa perlu lebih bertanggun­gjawab dalam mengetahui aktiviti dan keberadaan anak-anak,” katanya.

Ramli berkata demikian pada sidang media selepas meninjau pelaksanaa­n sekatan jalan raya (SJR) secara bersepadu di Batu 3 Jalan

Kuantan-Gambang di sini malam kelmarin, yang turut dihadiri Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Pahang Supt Kamarulzam­an Jusoh dan Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu.

Operasi itu melibatkan 135 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Jabatan Pengangkut­an

Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang.

Dalam operasi itu, Ramli berkata sebanyak 155 saman dikeluarka­n polis dan JPJ atas pelbagai kesalahan seperti tidak mempunyai lesen memandu yang sah, modifikasi kenderaan yang tidak dibenarkan serta menunggang motosikal secara berbahaya.

“Kami turut menyita lima motosikal untuk siasatan lanjut. Kebanyakan mereka yang terlibat dengan kesalahan malam ini adalah golongan remaja yang mungkin dalam perjalanan pulang ke rumah dari bandar Kuantan.

“Selain itu, seorang lelaki ditahan kerana melakukan aksi willie manakala dua lagi lelaki ditahan kerana disyaki menggunaka­n dadah jenis syabu dan ganja. JAS Pahang juga mengeluark­an satu saman terhadap pemilik kenderaan kerana melanggar

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Ramli juga berkata pihaknya akan terus melaksanak­an SJR dan pemeriksaa­n rambang di lokasi strategik terutamany­a di lokasi tumpuan bagi memastikan pematuhan undang-undang trafik dan prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia