Utusan Borneo (Sarawak)

Serie A Itali: Milan benam Bologna 4-2

Skuad kendalian Pioli berkelebih­an satu mata kepada Napoli, mara ke puncak sesudah membazirka­n pendahulua­n dua gol separuh masa kepada pasukan tuan rumah

-

MILAN: AC Milan mara ke puncak Serie A pada Ahad selepas menang 4-2 ke atas skuad sembilan pemain Bologna, sesudah membazirka­n pendahulan dua gol separuh masa kepada pasukan tuan rumah.

Enam minit dari penamat, Ismael Bennacer memberi pendahulua­n kali kedua buat Milan sebelum Zlatan Ibrahimovi­c meterai kemenangan sengit menentang pasukan Bologna yang kehilangan Adama Soumaoro dan Roberto Soriano dalam sejam pertama.

Pasukan Stefano Pioli, Milan yang belum dikalahkan dalam liga, berkelebih­an satu mata kepada Napoli.

Kemenangan diraih selepas kekalahan perit Liga Juara-Juara kepada Porto pertengaha­n minggu lalu dan dengan sebaris pemain pilihan utama tidak dapat bermain ekoran cedera atau menghidapi COVID-19.

“Kami fikir kami telah memenangi perlawanan ini kerana mendahului dengan dua gol dan mempunyai seorang pemain tambahan, tetapi jika anda berhenti bermain anda mengambil risiko,” Pioli memberitah­u Sky Sport Italia.

“Ini kemenangan besar. Kami tahu setelah komitmen Eropah dan bermain menentang pasukan yang telah bersedia sepanjang minggu, ia akan menjadi perlawanan yang sukar.”

Bologna bimbingan Sinisa Mihajlovic, sementara itu berada pada kedudukan kesembilan dengan 12 mata selepas kekalahan.

“Dengan sembilan pemain, 10 pemain dan bahkan dengan 11 kami lebih baik daripada Milan hari ini, mereka mencipta sedikit peluang. Ia bukan mudah tetapi kami membuktika­n bahawa kami ialah pasukan yang baik,” kata Mihajlovic.

“Kami kehilangan mata tetapi kami menang dalam permainan, semangat, keberanian dan segala perkara yang membentuk pasukan yang baik.”

Segalanya seolah-olah menyebelah­i Milan pada minit ke-16 apabila Rafael Leao menyempurn­akan lorongan Ibrahimovi­c menerusi bola yang terpantul daripada Gary Medel.

Soumaoro kemudianny­a dilayangka­n kad merah lurus selepas menumbangk­an Rade Krunic ketika pemain Bosnia itu menerpa kepada hantaran Simon Kjaer.

Ketika Davide Calabria menjaringk­an gol kedua pada minit ke-35, Milan kelihatan selesa hambar, tetapi selepas rehat Bologna keluar dari perangkap dan menyamai kedudukan dalam masa tujuh minit selepas permulaan semula.

Pertama, Ibrahimovi­c menyumbang gol sendiri daripada sepakan sudut Nicolas Dominguez pada minit ke-49, dan kemudian Musa Barrow menyelinap di belakang pertahanan Milan untuk menyempurn­akan umpanan Soriano.

Ketika lebih dari setengah jam baki perlawanan, hanya rakan sepasukan Soriano bermain apabila dia memijak ke pergelan gan kaki Fode Ballo-Toure ketika pemain antarabang­sa Senegal itu sedang melorong bola.

Bennacer memecahkan ketahanan tuan rumah dengan penamat yang bergaya.

Ibrahimovi­c kemudian memberikan skor yang lebih membanggak­an menerusi hantaran dari Bennacer dan menjaringk­an gol kedua liga musim ini.

Dalam perlawanan lebih awal, Empoli menang 4-2 kepada Salernitan­a dalam pertanding­an Serie A yang menarik, mendahului dengan empat gol pada separuh masa, sekali gus meletakkan mereka di tempat ke-10 dengan 12 mata.

Sassuolo melangkah keluar dari zon penyingkir­an dengan kemenangan 3-1 ke atas Venezia yang mengangkat mereka ke tempat ke12 dengan 11 mata. — AFP

“Ini kemenangan besar. Kami tahu setelah komitmen Eropah dan bermain menentang pasukan yang telah bersedia sepanjang minggu, ia akan menjadi ” perlawanan yang sukar.

Stefano Pioli Ketua jurulatih AC Milan

 ?? ?? FOKUS: Ibrahimovi­c (kanan) bersaing mendapatka­n bola dengan pemain tengah Bologna Jerdy Schouten pada perlawanan Serie A Itali di antara Bologna dan AC Milan di stadium Renato-Dall’Ara di Bologna, kelmarin.
CALABRIA
FOKUS: Ibrahimovi­c (kanan) bersaing mendapatka­n bola dengan pemain tengah Bologna Jerdy Schouten pada perlawanan Serie A Itali di antara Bologna dan AC Milan di stadium Renato-Dall’Ara di Bologna, kelmarin. CALABRIA
 ?? — Gambar AFP ??
— Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia