Utusan Borneo (Sarawak)

DUA JADI MANGSA TAWARAN PEKERJAAN DALAM TALIAN

-

KUCHING: Dua wanita masing-masing kerugian lebih RM2,000 setelah menjadi mangsa penipuan kes tawaran pekerjaan dalam talian di Padawan.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kes pertama pada pertengaha­n Oktober 2021 melibatkan seorang wanita tempatan berumur lingkungan 30-an, pekerja syarikat swasta telah diperdaya dan ditipu dalam kes tawaran pekerjaan dalam talian hingga mangsa mengalami kerugian sebanyak RM2,200.

“Menurut mangsa, suspek membuat iklan pekerjaan dalam Facebook, semasa melayari laman sosial itu mangsa terbaca iklan tersebut dan menekan pautan yang disediakan.

“Mangsa telah menghubung­i seorang lelaki bernama Roland melalui nombor WhatsApp yang diberikan dan suspek menawarkan pekerjaan sambilan melalui Facebook,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambahnya, bagi melengkapk­an permohonan, mangsa telah diminta memuat turun aplikasi Lazada melalui pautan yang diberikan dan diarahkan membuka akaun baharu serta diminta membuat bayaran barangan bagi mendapatka­n komisyen.

Jelasnya lagi, mangsa diminta membuat bayaran ke akaun bank atas nama ‘Roland Phang Jar Wei’ dan mangsa telah bayar secara dalam talian sebanyak dua kali transaksi yang kesemuanya berjumlah RM2,200.

“Mangsa menyedari dirinya ditipu apabila diminta membuat bayaran lagi sebanyak RM2,500 untuk tambah komisyen,” kata Abang Zainal.

Kes kedua pula, jelasnya, pada lewat Oktober 2021 melibatkan seorang wanita tempatan, 25 tahun, yang sedang menganggur telah diperdayak­an dan ditipu dalam kes tawaran pekerjaan dalam talian sehingga mangsa mengalami kerugian sebanyak RM2,297.

Menurut beliau, mangsa telah berhubung dengan seorang lelaki bernama ‘Jackson’ melalui WhatsApp iaitu individu yang menawarkan pekerjaan sambilan melalui Facebook.

“Bagi melengkapk­an permohonan, mangsa telah diminta memuat turun aplikasi Lazada melalui pautan yang diberikan dan diarahkan membuka akaun baharu serta diminta membuat bayaran barangan bagi mendapatka­n komisyen.

“Mangsa telah diminta membuat bayaran ke akaun atas nama ‘Muhammad Khairul Ezani Remli’ dan mangsa telah membuat pembayaran secara dalam talian sebanyak dua kali yang kesemuanya berjumlah RM2,297,” jelasnya.

Katanya lagi, mangsa merasakan telah ditipu apabila diminta membuat bayaran lagi sebanyak RM2,500 untuk tambah komisyen namun mangsa menyedari dirinya telah ditipu.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar jangan sesekali mendedahka­n maklumat perbankan dan maklumat peribadi dalam pautan yang tidak sahih.

“Sentiasa berwaspada dengan modus operandi penjenayah terutama ketika berhubung secara dalam talian tanpa berjumpa bersemuka kerana kita tidak mengetahui identiti sebenar pemanggil yang menawarkan pekerjaan dalam talian.

“Orang ramai dinasihati agar lebih berhati-hati ketika mengisi butir-butir peribadi ke dalam pautan yang diberikan di Facebook,” ujarnya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia