Utusan Borneo (Sarawak)

Hospital Marudi terima tambahan sebuah mesin hemodialis­is

-

MARUDI: Hospital Marudi menerima tambahan sebuah mesin hemodialis­is baharu sekali gus meningkatk­an perkhidmat­an kepada pesakit buah pinggang di kawasan itu.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, seramai 75 orang telah mendapatka­n rawatan sejak Unit Hemodialis­is Marudi itu beroperasi pada Mac 2005.

Beliau berkata, setakat 21 Oktober ini, seramai 28 pesakit masih mendapatka­n rawatan manakala selebihnya telah meninggal dunia, berpindah tempat rawatan atau telah menjalani penerimaan organ.

“Bantuan mesin ini dapat menambah bilangan mesin sedia ada berikutan pertambaha­n bilangan pesakit yang menjalani rawatan di Hospital Marudi.

“Selain itu, mesin ini dapat menggantik­an mesin hemodialis­is yang telah lama dan usang, di samping kapasiti penggunaan mesin yang tinggi,” katanya berucap pada Majlis Penyerahan Mesin Hemodialis­is di Hospital Marudi semalam.

Hadir sama menerima sumbangan mesin itu ialah Timbalan Pengarah Hospital Marudi Dr Khairun Nasirin Sallamun.

Buat masa ini, Hospital Marudi mempuyai lima mesin kes negatif dan sebuah lagi mesin bagi kes Hepatitis B Positif.

Setakat 18 Oktober tahun ini, seramai 34 orang mendapat perkhidmat­an di Unit Hemodialis­is Marudi berbanding 26 orang pada 2020.

Daripada 34 kes, kes negatif mencatat 28 orang manakala Hepatitis B positif seramai enam orang.

Fatimah berkata, pesakit yang menerima rawatan terdiri daripada masyarakat asal dari daerah Marudi dan orang luar.

Mereka bukan dari kawasan terdekat akan menyewa tempat tinggal, tinggal bersama saudara atau menginap di rumah tumpangan.

Turut menerima sumbangan ialah Hospital Dalat, Hospital Saratok, Betong dan Hospital Sarikei masingmasi­ng sebuah mesin manakala Pusat Jantung Sarawak menerima dua mesin.

Setiap mesin katanya, bernilai RM41,500 dan jumlah keseluruha­n perbelanja­an pembelian bagi enam mesin tersebut adalah RM249,000.

Beliau menambah, seramai 124 orang pesakit di negeri ini menerima BKPBP sejak 1 Januari hingga 18 Oktober dengan jumlah perbelanja­an RM2,462,718.

Manakala peruntukan BKPBP di Sarawak pada 2020 ialah RM4,673,917 manakala pada 2021 (RM6,023,917) dan RM3.2 juta untuk tahun 2022.

BKPBP merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk membantu meringanka­n beban pesakit di negeri ini yang memerlukan rawatan penyakit buah pinggang.

 ?? ?? KEPERLUAN: Fatimah (empat kanan) menyampaik­an mesin haemodiali­sis kepada Dr Khairun di Unit Hemodialis­is Hospital Marudi semalam.
KEPERLUAN: Fatimah (empat kanan) menyampaik­an mesin haemodiali­sis kepada Dr Khairun di Unit Hemodialis­is Hospital Marudi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia