Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak terus rekod penurunan kes jangkitan COVID-19 baharu

-

KUCHING: Sarawak terus merekodkan penurunan kes jangkitan COVID-19 baharu hari ini dengan 493 kes sekali gus menjadikan jumlah keseluruha­n jangkitan berkenaan setakat ini 237,049 kes.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan semalam berkata, daripada kes baharu itu 481 kes adalah kategori satu dan dua.

Katanya manakala kategori tiga, empat dan lima merekodkan 12 kes.

“Bagi peratusan daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 151 kes adalah kategori satu (tiada gejala) dan 330 kes kategori dua (gejala ringan).

“Sementara tiga kes adalah kategori tiga (jangkitan paruparu), tujuh kes kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan dua kes kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator),” katanya.

Untuk pecahan kes pula ujarnya, Kuching masih merekodkan kes harian tertinggi iaitu 128 kes.

Manakala daerah lain merekodkan kes harian di bawah 100 kes kecuali lapan daerah iaitu Limbang, Bukit Mabong, Marudi, Lubok Antu, Matu, Belaga, Beluru dan Sebauh tiada merekodkan kes baharu.

Jawatankua­sa turut memaklumka­n Sarawak merekodkan 18 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 dari tarikh 12 September hingga 24 Oktober 2021.

Katanya kesemua kes kematian melibatkan mereka berusia antara 17 tahun hingga 97 tahun.

Kematian direkodkan di Hospital Bintulu, Limbang, Sibu, Lawas, Sarikei dan Hospital Umum Sarawak dengan kebanyakan­nya mempunyai latar belakang penyakit komorbid.

“Hari ini juga tiada kluster baharu diisytihar­kan manakala dua lagi kluster ditamatkan iaitu Kluster Kampung Muara Tebas 2, Kuching dan Kluster Batu 10 Jalan Oya, Sibu selepas tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari lepas,” katanya.

Sementara itu, JPBNS berkata, Rumah Jengayang, Jalan Sungai Rusa di Sarikei dikenakan arahan Perintah KawalanPer­gerakanDip­erketatkan (PKPD) dari 26 Oktober hingga 1 November 2021.

“Manakala PKPD melibatkan lima lokaliti iaitu Rumah Jilum, Sebemban Tumbak, Pantu, Sri Aman; Rumah Mem, Sungai Aboi Sibau Manis, KM4, Jalan Entabai dan Rumah Jeffery, Nanga Sengaih, Entabai di Julau; Rumah Awan, Sungai Stok, Sarikei dan CRBC Muara Lassa Bridge Constructi­on Site, Jalan Itol, Daro ditamatkan hari ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia