Utusan Borneo (Sarawak)

JBALB tunjuk prestasi cemerlang selesaikan masalah air bersih

-

BINTULU: Kerajaan menerusi Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) menunjukka­n prestasi cemerlang menggalas tanggungja­wab menyelesai­kan masalah bekalan air bersih yang kritikal di negeri ini.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata pelaksanaa­n Pelan Induk Sistem Bekalan Air Sarawak dan Sistem Grid Air memanfaatk­an tiga kawasan utama merangkumi bahagian selatan, tengah dan utara negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena itu berkata, bahagian Limbang dan Lawas bagaimanap­un mempunyai sistem bekalan air terawat mereka sendiri.

“Bagi bahagian Bintulu, kawasan perindustr­ian Samalaju (SIP) merupakan hab perindustr­ian terpenting negeri ini sememangny­a memerlukan bekalan air bersih bagi menampung keperluan kawasan terbabit,” katanya ketika menghadiri taklimat oleh LAKU Sdn Bhd dan JBALB di Pejabat LAKU Bintulu semalam.

Menurutnya, sebagai rekod setakat ini JBALB berjaya menyelesai­kan 21 daripada 26 projek bekalan air terawat di bahagian ini melibatkan kos sejumlah RM1 bilion.

Dr Rundi berkata, tidak dapat dinafikan projek bekalan air bersih seluruh negeri ini mengalami kelewatan berikutan penularan wabak COVID-19 yang memasuki tahun kedua ini.

“Ia merupakan cabaran yang terpaksa dihadapi kementeria­n saya termasuk JBALB serta agensi berkaitan bagi menyelesai­kan isu bekalan air bersih di negeri ini,” jelasnya.

Justeru, beliau berharap rakyat faham situasi dihadapi ini dan bersabar sekiranya projek bekalan air di kawasan mereka belum dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan.

Dr Rundi berkata, pelan induk itu nanti merangkumi jangka panjang bagi mengatasi isu bekalan air bersih setiap kawasan sekiranya berlaku gangguan air di sesebuah kawasan, saluran air sementara diguna pakai bagi menyelesai­kannya.

“Projek Sistem Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) akan diteruskan bagi memastikan penduduk tinggal di kawasan pedalaman turut menikmati bekalan air bersih,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Rundi serta rombongan turut mengadakan lawatan ke Loji Rawatan Air Nyabau di Jalan Bukit Nyabau.

Hadir sama Setiausaha Kementeria­n Utiliti Datuk Alice Jawan, Pengarah JBALB Sarawak Chang Kuet Shian dan Ketua Pegawai Eksekutif LAKU Management Sdn Bhd Daneil Punang.

 ?? ?? TINGKAT PERKHIDMAT­AN: Dr Rundi (tiga kanan) ketika melakukan tinjauan ke Loji Rawatan Air Nyabau di Bintulu semalam.
TINGKAT PERKHIDMAT­AN: Dr Rundi (tiga kanan) ketika melakukan tinjauan ke Loji Rawatan Air Nyabau di Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia