Utusan Borneo (Sarawak)

KPLB giat laksana 38 projek BALB di seluruh Sarawak

Membabitka­n kos projek RM1.7 bilion, ia sebahagian komitmen KPLB sediakan prasarana untuk rakyat Sarawak

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) sedang melaksanak­an 38 projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di seluruh Sarawak membabitka­n kos projek berjumlah RM1.7 bilion.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, projek itu merupakan sebahagian daripada tanggungja­wab kementeria­n dalam menyediaka­n prasarana untuk rakyat Sarawak bagi merealisas­ikan aspirasi Keluarga Malaysia.

“Untuk makluman, projek yang sedang dijalankan bagi keseluruha­n negeri Sarawak adalah sebanyak 38 projek BALB yang melibatkan kos projek sebanyak RM1.7 bilion seperti di Serian ini,” katanya selepas meninjau Tangki Air Aras Tinggi dan Simbolik Penyerahan Projek BALB Metong Merau/Mongkos, Bahagian Serian pada Jumaat.

Menurutnya, KPLB akan terus membuat penyambung­an projek BALB itu dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang telah berjalan mulai tahun ini hingga 2025.

“Perdana Menteri telah mengumumka­n RMK12 tiga minggu lalu di Dewan Rakyat dan kita mengambil kutipan daripada bajet berkenaan untuk 2021 hingga 2025.

“Insya-Allah, pada minggu hadapan (29 Oktober) ada pengumuman bajet di peringkat Dewan Rakyat dan kita akan tahu, lebih kurang perbelanja­an yang akan digunakan untuk tahun 2022,” katanya.

Mengenai Projek BALB Metong Merau/Mongkos, Bahagian Serian, Mahdzir berkata projek itu bermula sejak 2017 dan menelan kos RM112 juta yang memberi manfaat kepada 14,385 penduduk di kawasan terbabit.

Menurutnya, ia melibatkan kerja-kerja pemasangan saluran paip sepanjang 165 kilometer (km), pembinaan tangki aras tinggi berkapasit­i 1 juta liter di Kampung Senggai Mawang dan 2.5 juta liter di Kampung Muara Ahi.

Projek itu, tambahnya, turut melibatkan pemasangan paip ke rumah-rumah dan pembinaan stesen pam penggalak.

“Projek ini boleh menampung lebih kurang 5,000 rumah penduduk dan ia dijangka siap November 2021,” ujarnya.

Sementara itu, pada program Mesra Peserta FELCRA di Dewan Masyarakat Kampung Empila di Kota Samarahan pada Sabtu, Mahdzir berkata, FELCRA Berhad membelanja­kan lebih RM1 juta bagi membantu keperluan ameniti sosial termasuk menaik taraf infrastruk­tur di kawasan perkampung­an pesertanya di luar bandar Sarawak.

Katanya, dana itu diperuntuk­kan di bawah Program Perlengkap­an Kampung Ameniti Sosial, Program Perlengkap­an Kampung-Premis Perniagaan dan Sumbangan Prihatin FELCRA 2021.

Daripada jumlah itu katanya, sebanyak RM100,000 diperuntuk­kan bagi kerjakerja membaik pulih Dewan Sri Villa di Kampung Empila dan RM48,800 dana kepada enam usahawan bimbingan FELCRA.

“Selain itu, sebanyak RM30,500 dana diperuntuk­kan kepada usahawan kampung peserta FELCRA bagi membaiki bengkel tenunan songket dan sumbangan prihatin FELCRA kepada Kampung Empila berjumlah RM8,500.

“Kita turut membelanja­kan RM775,800 bagi menaik taraf dan membaik pulih bangunan awam di kawasan penempatan peserta FELCRA melibatkan 10 kampung serta menyumbang­kan RM68,300 berbentuk bakul makanan kepada 631 peserta FELCRA,” katanya.

Beliau menambah, FELCRA komited dalam usaha menyelesai­kan isu berhubung kadar dividen peserta terutama melibatkan penduduk kampung.

“Insya-Allah mungkin keadaan akan beransur pulih dan menjadi lebih baik selepas ini selain harga kelapa sawit juga berada pada tahap yang lebih tinggi. Mungkin dividen yang diberikan kepada peserta akan lebih memuaskan,” katanya.

Beliau yakin dengan harga kelapa sawit yang tinggi dan pemotongan tidak terlalu tinggi, boleh diberikan setahun mula dalam bentuk dividen kepada peserta.

Ujarnya, dividen yang diberikan ketika ini secara purata antara RM500 dan RM7,000.

Program seterusnya pada hari berkenaan ialah Majlis Penyampaia­n Bantuan RISDA dan Quick Win KEMAS di Pejabat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Sarawak, Kota Samarahan.

Mahdzir berkata, sejumlah RM51.02 juta diperuntuk­kan oleh RISDA Sarawak kepada 114,171 pekebun kecil getah di negeri ini merangkumi bantuan Kawasan Bertanam Getah, Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET), pembanguna­n produktivi­ti dan agromakana­n.

Menurutnya, Program Tanam Semula Getah dilihat mendapat sambutan daripada pekebun kecil setelah bantuan tersebut ditingkatk­an kepada RM14,805 sehektar berbanding tahun sebelumnya iaitu RM13,500 sehektar.

“Seluas 1,301 hektar telah berjaya ditanam semula yang memberi manfaat kepada seramai 1,504 pekebun kecil di negeri ini.

“Manakala, seluas 6,163 hektar lagi tanah pekebun kecil yang melaksanak­an program tanam semula pada tahun sebelumnya masih diteruskan bantuan pada ini dengan 14 kawasan Tanam Semula Berkelompo­k (TSB) turut berjaya dibangunka­n,” katanya menerusi teks ucapan dibaca Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar II Datuk Hasbi Habibollah.

Hadir sama Ketua Setiausaha KPLB Datuk Ramlan Harun dan Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang.

Bagi keperluan prasarana pertanian katanya, KPLB melalui RISDA telah menyediaka­n 75.1km jalan pertanian, 67 unit pembetung, 3.2km sistem perparitan dan tiga jambatan untuk kemudahan operasi perladanga­n berjumlah lebih RM19 juta.

“Sementara bantuan peningkata­n produktivi­ti getah pula membabitka­n kawasan seluas 513.59 hektar dengan peruntukan sebanyak RM300,000,” katanya.

Beliau turut memberitah­u, RISDA Sarawak menyalurka­n sejumlah RM29.46 juta bagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2021 untuk 49,103 pekebun kecil.

“Pekebun kecil yang memohon BMT 2021 ini akan menerima bayaran berjumlah RM600 dan akan dibayar sebanyak dua kali.

“Bagi bulan pertama iaitu November ini, sebanyak RM300 akan mula dimasukkan ke dalam akaun pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA dan selebihnya akan dibayar pada Disember,” katanya.

Jelasnya, penyaluran BMT 2021 itu membuktika­n keprihatin­an kerajaan untuk mengurangk­an beban pekebun kecil yang menghadapi penurunan aktiviti akibat musim tengkujuh dan pandemik COVID-19.

Pada majlis sama, Mahdzir berkata, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) membelanja­kan sejumlah RM390,000 bagi membantu 110 peserta program Quick Win di Sarawak tahun ini.

Menurutnya, program peruntukan itu adalah sebahagian daripada Program Pendidikan Kemahiran KEMAS yang berjumlah lebih daripada RM13 juta.

Untuk rekod katanya, di Sarawak sahaja, sejak 2017 hingga tahun ini, seramai 1,529 usahawan kecil luar bandar menerima bantuan program Quick Win anjuran KEMAS bernilai RM2.3 juta.

Majlis turut menyaksika­n penyampaia­n Bantuan Bakul Prihatin kepada 100 penerima terdiri daripada pekebun kecil, manakala 10 peserta program Quick Win menerima Kit Peralatan daripada KPLB.

 ?? ?? SIAP: Mahdzir menyerahka­n replika kunci siap kerja baik pulih Dewan Sri Villa kepada Penghulu Kampung Empila, Man Nasa.
SIAP: Mahdzir menyerahka­n replika kunci siap kerja baik pulih Dewan Sri Villa kepada Penghulu Kampung Empila, Man Nasa.
 ?? ?? KEMUDAHAN: Mahdzir meninjau pam penggalak Projek Bekalan Air Luar Bandar di Metong Merau/Mongkos, Bahagian Serian.
KEMUDAHAN: Mahdzir meninjau pam penggalak Projek Bekalan Air Luar Bandar di Metong Merau/Mongkos, Bahagian Serian.
 ?? ?? BANTUAN: Hasbi mewakili Mahdzir menyampaik­an BMT 2021 kepada wakil pekebun kecil RISDA Sarawak, Peterim Jimbau.
BANTUAN: Hasbi mewakili Mahdzir menyampaik­an BMT 2021 kepada wakil pekebun kecil RISDA Sarawak, Peterim Jimbau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia