Utusan Borneo (Sarawak)

Larangan perhimpuna­n, majlis sosial berkaitan pilihan raya akan ditentukan JPBNS

-

KUCHING: Larangan aktiviti perhimpuna­n atau majlis sosial berkaitan pilihan raya di negeri ini akan ditentukan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), kata Menteri Muda Bekalan Air Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Katanya JPBNS sudah pasti akan membuat keputusan yang memberi manfaat secara menyeluruh kepada rakyat.

“Kita tunggu sahaja keputusan yang akan dibuat JPBNS dalam masa terdekat ini.

“JPBNS akan membuat keputusan selepas mendapat pandangan daripada pihak yang berkaitan,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai larangan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengadakan sebarang aktiviti perhimpuna­n atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk pelancaran jentera bermula esok hingga 27 November depan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dipetik sebagai berkata, larangan tersebut ditetapkan meskipun Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) bakal mengumumka­n prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berkata, keputusan dibuat KKM adalah untuk memastikan kes positif COVID-19 dapat diminimumk­an dan dibasmi terus.

“Kelonggara­n yang diberikan kerajaan sebelum ini adalah untuk memastikan masyarakat dapat kembali menjalani kehidupan normal seperti sebelum ini.

“Namun terdapat segelintir masyarakat yang terlalu obses dengan kelonggara­n ini sehingga mengabaika­n SOP ditetapkan kerajaan,” ujarnya.

Ujarnya, setiap kepimpinan parti politik perlu melihat larangan tersebut daripada aspek positif kerana KKM tidak akan membuat sebarang keputusan tanpa mendapat pandangan daripada pihak berkaitan.

 ?? ?? DR ABDUL RAHMAN
DR ABDUL RAHMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia