Utusan Borneo (Sarawak)

Tuntut hak perlembaga­an dalam Persekutua­n demi rakyat

Dr Jeffrey ajak parti-parti politik dan NGO bersekutu dengan STAR

-

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah mengajak parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) bergabung dengan parti itu untuk samasama menuntut hak perlembaga­an dalam Persekutua­n Malaysia demi rakyat dan negeri Sabah.

Presiden STAR Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata perjuangan menuntut hak perlembaga­an kian menampakka­n hasil, namun kesatuan politik negeri ini masih diperlukan untuk memperoleh agihan kewangan mengikut hak perlembaga­an.

“Parti STAR merupakan suatu parti gabungan yang memberi ruang kepada parti-parti politik dan NGO menjadi rakan sekutu demi menuntut hak dan agihan kewangan mengikut Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya.

Dr Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata demikian ketika sesi penggulung­an perbahasan ucapan dasar presiden sempena Mesyuarat Agung Perwakilan Tri-Tahunan Kedua parti itu 21 Oktober lalu.

Menurutnya, Sabah amat memerlukan kekuatan politik untuk memperbetu­lkan tafsiran kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Perlembaga­an Persekutua­n daripada tafsiran berasaskan Persekutua­n Malaya 1957 kepada tafsiran berdasarka­n Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Dr Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan seterusnya mengajak parti-parti seperti Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan UPKO untuk bersekutu dengan STAR demi memperbetu­lkan tafsiran dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

“Kita harus menuntut apa yang menjadi hak rakyat dan negeri Sabah, kita harus mendapat agihan kewangan pembanguna­n mengikut tujuan kita membentuk Persekutua­n Malaysia,” katanya.

 ?? ?? DR JEFFREY
DR JEFFREY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia