Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin Sabah, Sarawak perlu desak RUU MA63 diteruskan

- Oleh Hamzah Sanudin

SANDAKAN: Pemimpin di Sabah dan Sarawak perlu mendesak Kerajaan Pusat supaya tidak menangguhk­an pelaksanaa­n Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong berkata tiada alasan lagi untuk menangguhk­an MA63 kerana ia sudah disepakati oleh semua pihak.

“Tiada sebab menangguhk­an perjanjian MA63 kerana semua parti politik daripada kerajaan dan pembangkan­g sudah bersetuju untuk melaksanak­an perjanjian itu.

“Perjanjian itu adalah antara perkara penting yang diperjuang­kan oleh Sabah kerana ia melibatkan pembanguna­n dan hak rakyat di negeri ini,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini semalam. Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumka­n Pembentang­an Rang Undang-Undang (RUU) MA63 akan ditangguhk­an buat sementara waktu.

Penangguha­n itu adalah bagi memberi penjelasan seperti yang diminta oleh menterimen­teri selepas mesyuarat Kabinet 20 Oktober lepas.

Calvin berkata, keputusan menangguhk­an pembentang­an RUU tersebut jelas menunjukka­n persekutua­n tidak menghormat­i hak Sabah dan Sarawak.

“Penangguha­n itu hanya membuang masa dan mengganggu pelaksanaa­n perkaraper­kara yang terkandung dalam perjanjian tersebut,” katanya.

Beliau menyeru semua pemimpin di Sabah dan Sarawak supaya berkerjasa­ma bagi memastikan tuntutan dalam MA63 segera ditunaikan.

“Kerajaan Pusat jangan asyik pandai berjanji sahaja tetapi terus berdolak dalih untuk melaksanak­annya.

“Pemimpin Sabah dan Sarawak perlu kekal dengan pendirian masing-masing agar perjanjian tersebut tidak dilengahka­n oleh Kerajaan Pusat,” katanya.

 ?? ?? CALVIN
CALVIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia