Utusan Borneo (Sarawak)

PRESBAH harap proses mengembali­kan hak status Sabah, Sarawak lancar

-

KOTA KINABALU: Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (PRESBAH) konsistan menyokong semua bentuk usaha dari mana-mana pemimpin, untuk mengembali­kan status wilayah Sabah dan Sarawak dalam perlembaga­an Malaysia.

Presiden PRESBAH, Yahya Ahmad, sehubungan itu berharap proses pembentang­an pindaan Perlembaga­an itu yang dijadualka­n di Parlimen berjalan lancar.

Katanya, PRESBAH berpendiri­an pentingnya isu berkenaan dirungkai dan diselesaik­an secara matang dan mengikut lunas perundanga­n.

Beliau berkata pihaknya gembira apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wan Junaidi membuat kenyataan kelmarin bahawa sesi pembentang­an (pindaan itu) akan diteruskan pada 28 Oktober.

“Selaku Presiden PESBAH, kita sangat bersetuju dan menyokong cadangan Datuk Dr Jeffrey Kitingan, supaya satu sidang khas diadakan bagi meneliti, membincang dan memperhalu­si secara muafakat.

“Alasan beliau juga berasas. Memang benar apa jua bahasa dan perkataan yang diguna pakai dalam pindaan nanti, perlu menepati matlamat yang diharapkan supaya tidak lagi timbul masalah di kemudian hari,” katanya.

Yahya menegaskan bahawa untuk isu penting seperti ini, semua pihak seharusnya jangan bermain politik, sebaliknya jayakan usaha itu secara jujur dengan perasaan matang.

Katanya, kesepakata­n semua pihak dituntut biar seiring sejiwa dan bersatu hati.

“Ini soal agenda besar perjuangan masa depan bagi mengembali­kan isu ‘maruah perjanjian’ yang murni kalangan pemimpin lama. Pada masa sama, usaha sebulat suara dipupuk bagi mengembali­kan semula isu ‘martabat wilayah’ Sabah itu sendiri dari asas pembentuka­n Malaysia,” katanya.

 ?? ?? YAHYA
YAHYA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia