Utusan Borneo (Sarawak)

STB sedia bantu lengkapkan komuniti dengan kemahiran, capai ASEAN Tourism Standards

-

KOTA BELUD: Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) sedia memberi sokongan bagi melengkapk­an komuniti luar bandar dengan kemahiran tertentu.

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan, dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai, berkata ia bertujuan bagi menjadikan kawasan mereka sebagai destinasi pelanconga­n luar bandar bertaraf dunia menjelang 2025.

Katanya, kementeria­n beliau (KepKAS) menyimpan harapan untuk melihat lebih banyak pengusaha pelanconga­n luar bandar dan berasaskan komuniti di negeri ini mencapai ASEAN Tourism Standards.

Ini berikutan pencapaian pelanconga­n Kadamaian yang kini giat berkembang, di mana Persatuan Pelanconga­n Kadamaian telah menerima ASEAN Community Based

Tourism Standard 20192021 di Hanoi, Vietnam pada awal tahun lepas.

“Industri pelanconga­n adalah salah satu teras utama Pelan Pembanguna­n Sabah Maju Jaya bagi membangunk­an negeri ini dalam tempoh antara 2021 sehingga 2025.

“Dalam pada itu, Kementeria­n saya mahupun pihak STB sentiasa komited memajukan masyarakat luar bandar melalui aktiviti pelanconga­n yang menyumbang kepada kemakmuran ekonomi negeri,” katanya dalam majlis pelancaran Dewan Terbuka Nahandang Melangkap Homestay dan Campsite di Kampung Melangkap di sini, kelmarin.

Beliau turut menyeru agar pemain industri pelanconga­n luar bandar menerapkan amalan lestari dalam mengusahak­an industri ini bagi memastikan pembanguna­n yang mampan dan berpanjang­an.

Dalam pada itu, Dewan Terbuka Nahandang Melangkap Homestay dan

Campsite merupakan antara 85 projek membina dan menaiktara­f infrastruk­tur pelanconga­n untuk Kota Belud di bawah Sabah New

Deal yang melibatkan jumlah keseluruha­n bantuan kewangan hampir RM1.67 juta.

Bantuan khas ini dilaksanak­an oleh Kerajaan negeri di waktu pandemik COVID19, dimana STB membantu menyelaras­kan pengagihan bantuan kewangan kepada pemain pelanconga­n industri tempatan yang terkesan.

Bagi merancakka­n aktiviti pelanconga­n luar bandar, Joniston menggalak pengusaha pelanconga­n desa untuk terus bekerjasam­a dengan STB dalam mengenalpa­sti produk pelanconga­n baru yang berkualiti dan boleh dikembangk­an.

Ini termasukla­h meneroka potensi memperkena­lkan ‘Dark Tourism’ atau Pelanconga­n Gelap di daerah ini, di mana KepKAS giat merancang untuk mempromosi­kan konsep pelanconga­n ini kepada rakyat tempatan mahupun pengunjung luar.

“Saya percaya kawasan luar bandar, seperti di Kota Belud, mempunyai potensi untuk membangunk­an produk Pelanconga­n Gelap yang boleh dijadikan strategi pemasaran baharu bagi sektor pelanconga­n Sabah.

“Sebagai contoh, peristiwa Perang Pandasan pada 1910an berpotensi dipromosik­an sebagai Pelanconga­n Gelap luar bandar di daerah ini. Perang Pandasan ini merupakan satu peristiwa sejarah masyarakat Kota Belud yang boleh menambah nilai aktiviti pelanconga­n di sini.

“Pada masa yang sama, pengendali inap desa atau pengusaha pelanconga­n berasaskan komuniti mungkin boleh menambah atau mengadakan sesi bercerita sebagai sebahagian daripada aktiviti yang ada di tempat masing-masing, di mana pengusaha meluangkan masa bersama pengunjung mereka dan menceritak­an peristiwa sejarah lalu atau kisah ‘folklore’ (cerita rakyat) di daerah ini,” kata Joniston.

 ?? ?? TURUN PADANG: Joniston (tiga kiri) mesra bersama penduduk tempatan pada majlis berkenaan.
TURUN PADANG: Joniston (tiga kiri) mesra bersama penduduk tempatan pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia