Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli BERSATU diminta mantapkan gerak kerja

Pastikan rakyat akar umbi mendapat bantuan dan pembelaan yang sewajarnya, kata Limus

- Oleh Kenneddy Corlleus

MENUMBOK: Naib Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Beaufort, Datuk Limus Jury, menyeru agar semua ahli di peringkat cawangan supaya memantapka­n gerak kerja selari dengan perjuangan parti.

Ia penting bagi memastikan rakyat akar umbi mendapat pembelaan sewajarnya, sekali gus memastikan tidak ada antara mereka tercicir daripada menerima bantuan daripada kerajaan lebih-lebih lagi yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Justeru Limus meminta supaya ahli sedia ada termasuk ahli yang baharu menyertai parti itu supaya menjalin kerjasama baik antara mereka bagi memastikan agenda utama parti untuk membela rakyat mencapai matlamat dan sasaran.

Di samping itu, Limus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu turut mengingatk­an ahli supaya membuat persiapan perlu bagi memastikan parti itu mempunyai jentera mantap untuk mendepani pilihan raya akan datang.

Jelas beliau, segala persiapan perlu dirancang lebih awal dan bukan pada saatsaat akhir kerana perkara itu sudah pasti akan menjejaska­n usaha untuk meningkatk­an keyakinan pengundi.

Dalam perkembang­an lain, Limus turut menyaranka­n para ahli supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) memandangk­an kerajaan telah melonggark­an beberapa sekatan pergerakan dan juga aktivitiak­tiviti lain.

“Saya harap para ahli serta rakyat di daerah ini mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi memastikan usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 mencapai objektif sekali gus menjamin kelancaran proses pemulihan negeri ekoran penularan pandemik, “katanya.

TerdahuluL­imusmenyem­purnakan

mesyuarat BERSATU cawangan di Menumbok dan Tempurong, dekat sini pada Ahad.

Bagi mesyuarat BERSATU cawangan Kerukan, ia disempurna­kan Ketua Bahagian BERSATU Beaufort, Datuk Isnin Aliasnih yang juga ADUN Klias.

Limus turut menyertai mesyuarat cawangan yang dihadiri Isnin.

 ?? ?? BAGUS: Isnin (tengah) dan Limus (empat kiri) serta ahli yang hadir menunjukka­n isyarat ‘bagus’ sejurus selesai mesyuarat yang diadakan itu.
BAGUS: Isnin (tengah) dan Limus (empat kiri) serta ahli yang hadir menunjukka­n isyarat ‘bagus’ sejurus selesai mesyuarat yang diadakan itu.
 ?? ?? PERJUANGAN: Limus (tengah) dan ahli-ahli yang hadir melaungkan ‘BERSATU’ semasa mesyuarat itu.
PERJUANGAN: Limus (tengah) dan ahli-ahli yang hadir melaungkan ‘BERSATU’ semasa mesyuarat itu.
 ?? ?? WOM
WOM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia