Utusan Borneo (Sarawak)

LDP sokong pendekatan kerajaan tangani antivaksin

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokratik (LDP) menyokong penuh pendekatan diguna pakai Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin terhadap golongan antivaksin.

Ketua Biro Komunikasi dan Multimedia Pergerakan Pemuda Pusat LDP, Wom Tzy Khang, berkata kumpulan antivaksin adalah golongan yang tidak bertanggun­gjawab sehingga menyebarka­n berita-berita palsu menggunaka­n kapasiti agama sehingga memesongka­n rakyat terhadap vaksin COVID-19.

“Mereka yang kini berhadapan dengan risiko kesihatan (tidak divaksin) disebabkan wabak COVID-19 akan dapat pengecuali­an menerusi sijil digital MySejatera.

“Golongan ini bukan antivaksin, sebaliknya mereka mempunyai masalah kesihatan yang tidak membenarka­n penerimaan vaksin.

“Bagaimanap­un, kepada mereka yang layak menerima vaksin tetapi enggan berbuat demikian, wajar dikenakan sekatan oleh kerajaan seperti tidak boleh memasuki premis perniagaan dan perlu membayar ujian saringan COVID-19 setiap minggu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, undangunda­ng itu sangat adil dan sesuai. Apabila sasaran rakyat sudah menerima vaksin COVID-19 tercapai, semua sektor perniagaan boleh dibuka semula seterusnya memulihkan ekonomi negara.

Bagaimanap­un katanya, rakyat akan terus menderita sekiranya golongan antivaksin tidak ditangani segera.

“Saya juga berpendapa­t bahawa Ketua Pembangkan­g di Parlimen seharusnya menggalakk­an rakyat untuk mendapatka­n vaksin dengan segera, dan bukannya menyokong sentimen golongan antivaksin.

“Memperkena­lkan vaksin COVID-19 bukan hanya tugas kerajaan tetapi semua pihak di Malaysia termasuk setiap rakyatnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia