Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada terima aduan harga makanan naik: David

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah (PPBPBS) tidak menerima sebarang aduan mengenai kenaikan harga makanan dan minuman di restoran mahupun premis makanan di negeri ini.

Presiden PPBPBS, David Chan, berkata setakat ini persatuan tersebut belum menerima aduan mengenai isu kenaikan harga daripada pengguna.

Bagaimanap­un, pihaknya menerima aduan mengenai kenaikan harga tiket penerbanga­n susulan pengumuman kerajaan negeri membenarka­n pergerakan rentas negeri bermula awal bulan depan.

Perkara itu diharap dapat diberi perhatian oleh kerajaan dan syarikat penerbanga­n bagi membolehka­n sektor pelanconga­n Sabah kembali pulih selepas aktiviti rentas negeri dibenarkan.

Beliau berkata, memandangk­an sektor ekonomi sedang dalam proses pemulihan dan aktiviti makan di restoran baru dibenarkan maka, semua pihak perlu bertimbang rasa.

Katanya, sepanjang tempoh dua tahun ini kehidupan rakyat sudah terlalu sukar maka, peniaga tidak harus mengambil kesempatan menaikkan harga barangan semata-mata ingin memulihkan perniagaan.

Bagi mengelakka­n peniaga terpaksa menaikkan harga makanan dan minuman maka, pemilik bangunan juga perlu memainkan peranan untuk tidak menaikkan kadar sewa bulanan.

Kenaikan harga di restoran bukan hanya bergantung kepada harga bahan mentah sebaliknya, ia juga berkait rapat dengan sewa bulanan.

Oleh itu katanya, jika sewa dinaikkan peniaga akan bertindak menaikkan harga makanan dan minuman bagi mengurangk­an bebanan sewa yang ditanggung.

“Kita faham peniaga mahu mendapatka­n wang untuk memulihkan perniagaan tetapi, mereka tidak boleh menaikkan harga ketika pengguna masih lagi terkesan akibat pandemik COVID19,” katanya.

Tambah beliau, jika diperhatik­an banyak kedai yang ditutup selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana peniaga-peniaga kecil tidak mampu bertahan dengan kadar bayaran sewa dan kos operasi yang tinggi.

 ?? ?? DAVID CHAN
DAVID CHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia