Utusan Borneo (Sarawak)

SM St Patrick Tawau ungguli kategori Anugerah Wira Serasi

-

KOTA KINABALU: Sekolah Menengah (SM) St Patrick, Tawau, mengunggul­i Kategori Anugerah Wira Serasi peringkat sekolah menengah bandar sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2021.

Mereka membawa pulang wang tunai RM5,000, trofi dan sijil, manakala tempat kedua dimenangi oleh SM Holy Trinity Tawau dengan hadiah RM4,000, trofi berserta sijil.

Kategori Wira Serasi Sekolah Menengah Luar Bandar pula diraih SMK Bukit Garam II Kinabatang­an, diikuti SMK Umas-Umas Tawau dan SMK Beluran di tempat kedua dan ketiga dengan hadiah masingmasi­ng RM5,000, RM4,000 dan RM3,000 serta trofi.

Sementara itu, empat sekolah iaitu SJK Chi Hwa Sandakan, SJK (C) Sin Hwa Tawau, SMK Tawau dan SM St Michael Penampang turut membawa pulang hadiah RM1,500, trofi dan sijil apabila diumum sebagai penerima Anugerah Mentor Serasi.

Majlis Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) secara maya itu dirasmikan oleh Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin, pada Sabtu.

Majlis tersebut turut menyaksika­n SK Kg Simunul Semporna diikuti SK Tanjung Batu Keramat Tawau dan SK Lahad Datu IV Lahad Datu dianugerah­kan sebagai penerima Anugerah Harapan Serasi (Sekolah Rendah - Bandar), manakala bagi kategori Anugerah Harapan Serasi (Sekolah Rendah Luar Bandar) dimenangi SK Kinaluan Tambunan sebagai johan dan SK Sin Boon Sindumin sebagai naib johan.

Sementara itu, SMK Muhibbah Sandakan muncul juara untuk Anugerah Harapan

Serasi (Sekolah Menengah - Bandar), disusuli SMK Taman Tun Fuad Kota Kinabalu dan Kolej Tingkatan Enam Tawau.

Turut merai kemenangan, SMK Abaka Tawau muncul johan Anugerah Harapan Serasi (Sekolah Menengah Luar Bandar) diikuti SMKA Mohd Ali Ranau, SMK Datuk Peter Mojuntin.

Dalam pada itu, sebanyak 11 kategori menengah dan rendah diumumkan iaitu Lukisan Digital, Video Pendek Alam Sekitar, Pedalaman Challenge Seni Visual, Anugerah Khas Inovasi Sekolah serta Anugerah Khas Perubahan Iklim dan Sustainabl­e Developmen­t Goals.

Menurut Jafry, melalui SERASI, banyak sekolah berjaya meraih pelbagai anugerah alam sekitar di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa antaranya Projek Five Green Programme oleh SM St Patrick Tawau yang terpilih sebagai pemenang bagi 2020 Southeast Asian ministers of Education Organisati­on (SEAMEO), manakala SMK Kunak Jaya muncul sebagai naib johan dengan Japan ESD Award nertemakan “Addressing Plastic Problems for Transformi­ng Communitie­s”.

 ?? ?? SERASI: SM St Michael, Penampang sebagai pemenang Anugerah Mentor SERASI.
SERASI: SM St Michael, Penampang sebagai pemenang Anugerah Mentor SERASI.
 ?? ?? RASMI: Jafry berucap merasmikan majlis secara dalam talian.
RASMI: Jafry berucap merasmikan majlis secara dalam talian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia