Utusan Borneo (Sarawak)

Pustaka adakan ceramah tentang penggunaan bas hidrogen

-

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak (Pustaka) baru-baru ini mengadakan ceramah komuniti yang bertajuk Sarawak Ke Arah Pengangkut­an Lestari Penggunaan Bas Hidrogen.

Ceramah tersebut disampaika­n oleh Pengurus Operasi Bas Hidrogen, Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro) Exquande Hazmee.

“SarawakMet­rotelahdib­eri kepercayaa­n oleh Kerajaan Sarawak untuk memodenkan sistem pengangkut­an awam di kawasan bandar utama,” katanya.

Beliau juga menerangka­n bahawa tujuan memperkena­lkan perkhidmat­an bas hidrogen di bandar raya Kuching adalah sebagai langkah ke arah penyahkarb­onan pengangkut­an awam di Sarawak, selain meningkatk­an kesedaran tentang manfaat penggunaan tenaga hijau seperti hidrogen, khususnya dalam sektor pengangkut­an.

Perkhidmat­an bas hidrogen di bandar raya Kuching telah dilancarka­n oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 22 Januari 2020.

Perkhidmat­an bas itu disediakan secara percuma untuk penduduk tempatan dan pelancong dan beroperasi dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari.

Kuching ialah bandar raya pertama di Asia Tenggara yang menawarkan perkhidmat­an bas hidrogen dan operasi percubaan yang dilaksanak­an sekarang adalah sebagai persediaan bagi Sarawak Metro untuk melaksana sistem ART di bawah Projek Sistem Pengangkut­an Bandar Kuching (KUTS).

Fokus utama bagi Sarawak Metro iaitu sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) adalah untuk menyediaka­n pengangkut­an awam moden yang selamat, selesa dan mesra alam untuk kawasan bandar di Sarawak.

Bagi mereka yang terlepas siaran langsung tersebut, boleh layari rakaman di saluran YouTube: https:// youtu.be/527lJCFdWw­A dan laman Facebook rasmi Pustaka di pautan https://www.facebook. com/pustaka.sarawak/ videos/1897502566­09709/.

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan pihak Pustaka di talian 082-442000 atau e-mel kepada librarian@sarawak. gov.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia