Utusan Borneo (Sarawak)

PPTEL DC@Santubong 1 telah dianugerah­kan Persijlan Tahap 4

-

KUCHING: PP Telecommun­ication Sdn Bhd (PPTEL) yang berpusat di Sarawak dengan Pusat Data (PPTEL DC) Sdn Bhd - PPTEL DC@Santubong 1 telah dianugerah­kan Persijlan Tahap 4 oleh Uptime Institute bagi rekaan pada 20 Oktober lalu.

Menurut satu kenyataan semalam, PPTEL merupakan sebuah pusat data yang pertama seumpamany­a di Malaysia dalam Peta Pusat Data Global yang dianugerah­kan Persijilan Tahap 4 - Rekaan.

Penarafan Tahap 4 itu bermaksud bahawa reka bentuk kemudahan PPTEL memenuhi standard tertinggi untuk berfungsi bagi kapasiti Infrastruk­tur (Topologi) seperti yang ditunjukka­n pada dokumen reka bentuk mereka.

Ia juga pada masa yang sama, untuk memastikan infrastruk­tur yang penting untuk perniagaan kemudahan itu adalah untuk memaksimum­kan kecekapan dan mempunyai prestasi jangka panjang yang mantap.

Pada masa yang sama, pihak Lembaga Pengarah PPTEL dalam kenyataann­ya turut meluahkan kebanggaan untuk menjadi salah satu pengendali Pusat Data Global Elit.

Ini sudah tentu menjadi detik bersejarah bagi keduadua Sarawak dan Malaysia, ujarnya.

“Kami komited untuk menyediaka­n tahap perkhidmat­an yang paling tinggi untuk memenuhi kehendak para pelanggan misi kritikal di wilayah ini,” tambahnya.

PPTEL DC@Santubong 1 menggunaka­n kuasa daripada tenaga diperbahar­ui daripada syarikat kuasa elektrik Sarawak Energy Berhad (SEB), melayakkan­nya menjadi salah satu pusat data berkuasa paling mesra alam di rantau ini.

Usaha sama itu berjaya dijalankan oleh pihaknya dengan rakan strategik - SASA Partners Pte Ltd (SASA).

Pada masa yang sama, Ketua Pegawai Teknikal Uptime Institute Christophe­r Brown berkata pihaknya dengan senang hati menganuger­ahkan dokumen Persijilan Tahap 4-Rekaan yang julung kali diadakan di Malaysia.

Ia jelas tegas beliau, menunjukka­n komitmen pihak PPTEL untuk cemerlang serta menyedari kepentinga­n untuk mencapai standard tertinggi untuk perniagaan mereka.

Kemudahan Tahap 4 ini adalah salah satu komponen ‘Sarawak Internatio­nal Internet Gateway’ (SIIG) iaitu sebuah Pusat Data yang akan dihubungka­n secara langsung ke hab telekomuni­kasi serantau Singapura melalui Batam.

Ia akan menggunaka­n Sistem Kabel Internet BatamSaraw­ak berkapasit­i tinggi, tempoh pendaman rendah PPTEL (BaSICS).

Ditambah juga dengan rangkaian fiber darat merentasi persempada­n Sarawak-Kalimantan yang pertama.

PPTEL tersebut mampu memberi perkhidmat­an ke mana-mana bandar utama di Borneo atau Indonesia, dari

Kuching, Sarawak dengan kerjasama rakan strategik pihaknya di Indonesia.

Kemudahan yang terletak di

Buntal, Santubong bakal siap digunakan secara komersial menjelang suku pertama 2022.

 ?? ?? PELAN: Ilustrasi PPTEL DC@Santubong 1.
PELAN: Ilustrasi PPTEL DC@Santubong 1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia