Utusan Borneo (Sarawak)

Surau Darul Ikhlas Kampung Senadin Jaya terima bantuan Akademi Pelita Maslaut

-

MIRI: Jawatankua­sa Pengurusan Surau Darul Ikhlas Kampung Senadin Jaya yang baharu menerima bantuan wang tunai daripada pengurusan Akademi Pelita Maslaut Sdn Bhd.

Pengarah Urusan Akademi Pelita Maslaut Sdn Bhd Masni Amit berkata bantuan berkenaan disalurkan bagi meringanka­n beban kewangan surau berkenaan.

“Kita melawat Surau Darul Ikhlas Kampung Senadin Jaya hari ini untuk memberi sedikit bantuan kewangan kepada pengurusan surau bagi membeli peralatan keperluan atau membayar bil utiliti,” jelasnya.

Menurutnya, memandang- kan surau berkenaan baharu dibuka kepada orang awam pada Mac lalu, masih banyak keperluan lain yang perlu ditambah baik.

“Saya difahamkan jawatankua­sa surau bahawa akan ada pelan pembinaan fasa kedua namun ia hanya akan dilaksanak­an sebaik sahaja mendapat kelulusan.

Bagaimanap­un dari segi dana, kita tampil ke hadapan untuk membantu sedikit dari sudut kewangan memandangk­an sumber kewangan surau ini masih belum stabil,” jelasnya.

Juruaudit Dalaman merangkap Setiausaha Projek Pembanguna­n Surau Darul Ikhlas Mohd Sabri berkata projek Majlis Agama Islam Sarawak (MAIS) itu telah siap tahun lalu.

Majlis penyerahan surau telah disempurna­kan pada 16 Disember 2020 oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Khalidi Ibrahim dan ia telah dibuka secara rasmi kepada umat Islam sejak Mac tahun ini.

“Kapasiti surau ini mampu menampung seramai 160 orang pada satu-satu masa dan kami telah memohon untuk membuat beberapa penambahan kemudahan lain di tanah seluas 0.5 ekar ini,” katanya.

Antaranya ialah dewan serba guna, kawasan parkir, bilik mengaji dan kemudahan lain yang telah dirangka dalam projek fasa kedua.

Pembinaan surau itu memberi manfaat kepada lebih 200 umat Islam di Kampung Senadin Jaya dan pekerja minyak dan gas di kawasan berhampira­n.

 ?? ?? HULUR BANTUAN: Masni menyerahka­n bantuan kewangan kepada Jawatankua­sa Pengurusan Surau Darul Ikhlas Kampung Senadin Jaya pada Sabtu.
HULUR BANTUAN: Masni menyerahka­n bantuan kewangan kepada Jawatankua­sa Pengurusan Surau Darul Ikhlas Kampung Senadin Jaya pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia