Utusan Borneo (Sarawak)

TAHAP KESEDARAN MASIH RENDAH Tahap kesedaran rendah punca kezaliman terhadap haiwan masih berleluasa

- Oleh Soon Li Wei

DI sebalik penguatkua­saan Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang antara lain mengenakan hukuman keras termasuk penjara kepada mereka yang didapati bersalah menzalimi haiwan, perbuatan itu dilihat masih berleluasa dengan sebahagian­nya dilakukan secara terbuka.

Kezaliman yang dilakukan bukan sahaja terhadap haiwan belaan dan jalanan seperti anjing dan kucing, tetapi juga kepada binatang liar. Contohnya kejadian di Paya Terubong di Pulau Pinang pada 27 Jun lepas, apabila sejumlah monyet liar ditemukan mati dipercayai akibat diracun.

Menurut Pengarah Bahagian Penguatkua­saan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) Zaharinan Abd Aziz, pihaknya menerima 276 aduan membabitka­n 13 kategori kezaliman dan pengabaian haiwan pada tahun ini setakat September lepas.

“Kami juga telah menjalanka­n sebanyak 5,597 operasi membabitka­n pemeriksaa­n ‘pet shop’ (kedai haiwan peliharaan), tempat pembiakan haiwan, penginapan, ‘shelters’ (tempat perlindung­an haiwan) dan pemilikan haiwan sepanjang tempoh berkenaan serta menyiasat sebanyak 39 kes.

“Antara kategori aduan kezaliman ialah tidak diberi makan dan minum, ditinggalk­an pemilik berpindah, kurungan kotor, diikat dengan rantai yang pendek dan terdedah kepada panas dan hujan,” katanya ketika dalam webinar ‘Kebajikan Haiwan: Di mana Tahap Kesedaran Rakyat Malaysia’ anjuran Persatuan Perubatan Veterinar Malaysia baru-baru ini.

Katanya kes yang disiasat merangkumi 30 kes penganiaya­an haiwan, dua kes pemberian racun dan tujuh kes pelagaan membabitka­n 28 ekor anjing, sembilan ekor kucing, 116 ekor ayam laga dan 27 ekor ikan laga.

“Daripada 39 kes yang disiasat, lapan daripadany­a telah selesai di mahkamah dengan tindakan di bawah Akta 772 iaitu Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya.

DENDA MAKSIMUM RM100,000 DAN PENJARA

Zaharinan berkata perbuatan menyepak, menendang, mendera atau mencacatka­n anggota haiwan dikira sebagai kesalahan penganiaya­an yang dilakukan dengan sengaja, sama ada haiwan dimiliki ataupun yang terbiar.

Begitu juga dengan tindakan tidak menyediaka­n makanan dan minuman serta meracun haiwan.

Beliau berkata Akta 772 memperuntu­kkan beberapa seksyen khusus bagi kesalahan-kesalahan tersebut, iaitu Seksyen 29 untuk penganiaya­an haiwan, Seksyen 30 (pembunuhan haiwan), Seksyen 31 (pemberian racun) dan Seksyen 32 (pelagaan haiwan).

“Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Regulatori JPV Dr Muhammad Razli Abdul Razak mengakui masalah kezaliman terhadap haiwan termasuk dari segi penjagaan kebajikan dan kesejahter­aan masih berleluasa di negara ini berikutan tahap kesedaran masyarakat masih rendah.

“Usaha aktivis haiwan, persatuan-persatuan pencinta haiwan dan pegawai veterinar dalam menjaga kebajikan haiwan adalah tidak mencukupi. Usaha ini perlu mendapat kerjasama secara menyeluruh iaitu menerapkan rasa sayang terhadap haiwan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Veterinar Universiti Putra Malaysia Dr Syamira Syazuana Zaini berkata berdasarka­n kajian Internatio­nal Journal of Environmen­tal Research and Public Health pada April lalu, penganiaya­an haiwan berhubung kait dengan isu keganasan rumah tangga.

“Sebagai contoh, di United Kingdom, sesuatu kes penganiaya­an haiwan tidak akan terhenti pada hukuman terhadap pesalah sahaja, pihak berkuasa mereka akan teruskan penyiasata­n sehinggala­h mendapati kebanyakan­nya berpunca daripada keganasan domestik dan kesihatan mental masyarakat.

“Satukajian­yangdijala­nkan oleh Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Kuala Lumpur pada 2019 ke atas penduduk di Putrajaya, mendapati kesedaran mereka terhadap kebajikan haiwan masih kurang dan antara faktornya ialah kurang ilmu pengetahua­n, cara menilai haiwan peliharaan mereka, persepsi, budaya, ekonomi dan komunikasi,” katanya.

Dr Syamira Syazuana berkata ada lima asas kebajikan haiwan yang perlu difahami oleh masyarakat, iaitu keperluan persekitar­an yang bersesuaia­n; keperluan untuk dilindungi daripada kesakitan, penderitaa­n, kecederaaa­n dan penyakit; keperluan untuk ditempatka­n bersama atau berasingan; keperluan untuk mempamerka­n corak kelakuan semula jadi; dan diet yang sesuai.

“Bagi meningkatk­an kesedaran terhadap kebajikan haiwan, beberapa alternatif boleh diterapkan dalam kalangan masyarakat, antaranya perubahan sikap manusia dari segi kesihatan fizikal dan mental, menggunaka­n participat­ory approach dengan haiwan-haiwan, komunikasi secara empati, serta pendidikan dan pendedahan terhadap kesedaran itu sejak kecil,” katanya.

TERAP ‘5C’

Sementara itu, doktor veterinar Dr Salehatul Khuzaimah Mohamad Ali berkata penerapan tanggungja­wab lima ‘C’ iaitu Commitment, Considerat­ion, Cost, Control dan Care perlu diterapkan dalam kalangan setiap pemilik haiwan peliharaan supaya penjagaan haiwan terbabit lebih terjamin.

“Memelihara dan menjaga haiwan merupakan komitmen seumur hidup dan (pemilik) perlu bersedia dengan sebarang kemungkina­n seperti tahap kesihatan, pindah rumah dan keadaan persekitar­an bagi memastikan haiwan yang dijaga itu dapat menyesuaik­an diri mereka.

“Selain itu, kaji sikap haiwan-haiwan yang ingin dipelihara kerana karekter dan diet mereka tidak sama dengan manusia. Pastikan anjing atau kucing peliharaan anda tidak berkeliara­n dan mengganggu ketenteram­an jiran kerana orang awam boleh mengadu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) jika mereka tidak selesa dengan gangguan haiwan-haiwan dan PBT berhak memindahka­n dan memusnahka­n mereka,” katanya.

Katanya bagi mengawal populasi haiwan-haiwan seperti anjing dan kucing, pastikan mereka dimandulka­n dan hanya diberi ubat yang dipreskrip­si oleh doktor veterinar bertauliah.

“Jangan pandai-pandai memberi ubat-ubatan manusia tanpa mendapat khidmat nasihat daripada doktor veterinar,” katanya dan mengingatk­an masyarakat agar mengukur kemampuan sebelum memelihara haiwan belaan.

Ini katanya bagi mengelakka­n haiwan peliharaan terbabit dibuang apabila pemilik tidak lagi mampu menjaga mereka, sama ada kerana kerap beranak atau faktor-faktor lain.

Hal ini ada kebenarann­ya kerana menurut Persatuan Haiwan Malaysia, kejadian pembuangan haiwan peliharaan di sekitar ibu negara meningkat tiga kali ganda ketika penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut mereka, keadaan itu dikesan oleh sukarelawa­n persatuan yang bertugas menjaga kebajikan haiwan terbiar di satu-satu kawasan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia