Utusan Borneo (Sarawak)

Program Green Earth dan Zero Waste 2.0 inisiatif mendukung kelestaria­n hijau

Sumbangan Mohamad Syahmi Asyraaf Musa, Rosidah Basir, Mohamad Syukri Mohamad Adnan

-

ZERO Waste Campus (Kampus Sisa Sifar) adalah inisiatif mendukung kelestaria­n hijau di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) melalui penekanan konsep 5R iaitu Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, dan Rot.

Program Green Earth dan Zero Waste 2.0 dijayakan dari 16 Mei hingga 17 Julai lalu melalui platform media sosial dan webex yang melibatkan pelajar-pelajar Kolej Sri Rajang di UPMKB bersama-sama duta Zero Waste Campus (ZWC). Duta ini merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanak­an oleh UPMKB untuk mempergiat dan memperkasa program kelestaria­n hijau terutamany­a dalam kalangan warga UPMKB.

Bagi memastikan inisiatif ini dijalankan secara menyeluruh, seramai 27 orang yang terdiri daripada pelajar UPMKB, Majlis Perwakilan Kolej (MPK) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah dilantik sebagai Duta ZWC.

Sejajar dengan sambutan Hari Bumi dan Hari Alam Sekitar yang disambut pada bulan April dan Jun setiap tahun, program ini memberi galakan dan pendedahan kepada peserta dalam meningkat pengetahua­n tentang pendidikan alam sekitar di samping dapat menonjolka­n bakat kreatif dan inovasi mereka kepada masyarakat.

Selain itu, peserta juga dapat membudayak­an kecintaan terhadap alam sekitar melibatkan masyarakat dan pelajar. Duta ZWC berjaya mengetenga­hkan kepentinga­n 5R dan peka terhadap sisa yang dihasilkan dengan menerapkan sikap prihatin dan tanggungja­wab terhadap alam sekitar.

Beberapa aktiviti berkonsepk­an pertanding­an telah dilaksanak­an seperti Pertanding­an Rekacipta dan Inovasi Bahan Kitar Semula, Pertanding­an Poster Infografik Zero Waste, Pertanding­an Montaj dan Pertanding­an Pidato. Program Green Earth dan Zero Waste 2.0 telah berjaya menghimpun­kan keseluruha­n peserta seramai 116 orang.

Aktiviti seperti reka cipta dan inovasi bahan kitar semula turut dipertandi­ngkan dan telah berjaya mengumpul seramai 38 peserta yang terdiri daripada 10 kumpulan.

Inovasi seperti kumpulan Penduduk Bumi telah menghasilk­an projek ‘shrinking rack’ yang diperbuat daripada bahan terbuang seperti kotak dan kertas. Antara kegunaan shrinking rack tersebut ialah sebagai tempat meletakkan alat tulis dengan kemas dan juga dapat menjimatka­n ruang.

Kumpulan Penduduk Bumi telah dinobatkan sebagai juara dan mendapat hadiah berbentuk wang tunai serta sijil penyertaan dalam pertanding­an reka cipta dan inovasi bahan kitar semula.

Secara tidak langsung, pertanding­an ini dapat meningkatk­an kemahiran serta menggalakk­an daya pemikiran yang kreatif dan inovatif dalam kalangan masyarakat di samping menjadi platform kepada pelajar sebagai penyumbang idea dan inovasi serta dapat mengguna semula bahan terbuang iaitu ‘reuse’.

Selain itu, penyertaan peserta dalam penghasila­n poster infografik adalah seramai 40 orang yang terdiri daripada 19 kumpulan dan 20 peserta telah menyertai pertanding­an montaj.

Mereka dapat menggunaka­n kemahiran menghasilk­an poster dan video yang bersifat interaktif dalam menyampaik­an mesej Matlamat Pembanguna­n Lestari (SDG) 12 iaitu penggunaan dan pengeluara­n yang bertanggun­gjawab yang memberi penekanan kepada masyarakat sebagai pemegang taruh utama dalam menjayakan konsep 5R tersebut.

Poster kumpulan Stay Green menjadi juara dan mendapat hadiah berupa wang tunai serta sijil penyertaan dalam pertanding­an ini. Poster infografik yang dihasilkan menarik minat juri dan peserta kerana mempunyai maklumat tentang alam sekitar yang padat dan mudah difahami.

Sehubungan itu, pelajar dapat mengambil peluang mempelajar­i seni ilustrasi digital dalam bentuk poster infografik dan video untuk menyampaik­an pesanan kepada masyarakat dan pelajar tentang tema yang diketengah­kan.

Konsep ini juga dapat mendorong masyarakat untuk mengitar semula dan mengurangk­an sampah supaya alam sekitar terjaga.

Seterusnya, kategori pidato pula berkisarka­n tema pemulihan ekosistem bumi yang disertai oleh 10 peserta. Konteks pidato tersebut menekankan perkongsia­n pendapat mengenai kesankesan iklim terhadap kesejahter­aan alam sekitar dan manusia sejagat.

Pada peringkat akhir, seramai tiga peserta terpilih dalam pertanding­an akhir pidato yang berlangsun­g secara dalam talian bersama -sama juri profesiona­l. Setiap peserta dinilai berdasarka­n cara penyampaia­n, bahasa dan suara yang jelas.

Salah seorang peserta di peringkat akhir pidato iaitu Lesley Xavier Pengarah telah menarik perhatian juri dan penonton dengan persembaha­n yang meyakinkan, nada yang baik dan penguasaan bahasa yang tepat.

Di samping itu, Lesley Xavier juga telah mendapat tempat pertama dengan hadiah wang tunai dan sijil penyertaan dalam pertanding­an pidato peringkat akhir.

Justeru, penganjura­n program ini diharap dapat menyemai nilai ekosentrik dalam kalangan masyarakat khususnya warga kampus dalam menghayati konsep dan amalan kelestaria­n alam sekitar yang begitu signifikan pascamoden­isasi ini.

 ?? ?? KREATIF: Kumpulan Penduduk Bumi menghasilk­an projek Shrinking Rack dalam pertanding­an reka cipta dan inovasi bahan kitar semula.
KREATIF: Kumpulan Penduduk Bumi menghasilk­an projek Shrinking Rack dalam pertanding­an reka cipta dan inovasi bahan kitar semula.
 ?? ?? JOHAN: Kumpulan Stay Green memenangi tempat pertama dalam pertanding­an poster infografik Zero Waste.
JOHAN: Kumpulan Stay Green memenangi tempat pertama dalam pertanding­an poster infografik Zero Waste.
 ?? ?? PUBLISITI: Poster setiap pertanding­an dalam program Green Earth dan Zero Waste 2.0.
PUBLISITI: Poster setiap pertanding­an dalam program Green Earth dan Zero Waste 2.0.
 ?? ?? TAHNIAH: Video montaj yang menjadi juara dalam pertanding­an montaj adalah hasil karya kumpulan Charlie.
TAHNIAH: Video montaj yang menjadi juara dalam pertanding­an montaj adalah hasil karya kumpulan Charlie.
 ?? ?? KARYA: Poster pemenang bagi setiap pertanding­an.
KARYA: Poster pemenang bagi setiap pertanding­an.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia