Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n, agensi kerajaan diseru lebih proaktif buat semakan peraturan

Semakan peraturan perlu untuk kekal relevan, menyokong pertumbuha­n produktivi­ti

-

KUALA LUMPUR: Semua kementeria­n dan agensi kerajaan sama ada di peringkat persekutua­n, negeri mahupun kerajaan tempatan, penggubal serta pengawal selia polisi dan peraturan diseru untuk bertindak lebih proaktif dalam membuat semakan terhadap peraturan sedia ada.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata semakan peraturan hendaklah dilaksanak­an agar ia kekal relevan dan menyokong pertumbuha­n produktivi­ti.

“Para pengawal selia amat disarankan untuk membuat semakan terhadap akta dan peraturan yang berkuat kuasa, dan ini bertitik tolak daripada transforma­si minda ke arah penambahba­ikan penyampaia­n peraturan, pematuhan serta memudah cara urusan operasi perniagaan.

“Sebagai jentera pembanguna­n Keluarga Malaysia, penjawat awam hendaklah mempunyai minda terbuka dan positif dalam menerima dan melaksanak­an pembaharua­n yang membawa kepada kemakmuran negara,” katanya ketika berucap melancarka­n Kempen Jom Semak, secara maya di sini semalam.

Beliau berkata kempen Jom Semak adalah kesinambun­gan kepada pelaksanaa­n Dasar Negara Bagi Amalan Baik Peraturan melalui Pekeliling Bilangan 1 Tahun 2021 bertajuk Dasar Negara Bagi Amalan Baik Peraturan dikeluarka­n oleh Jabatan Perdana Menteri pada 22 Jun 2021.

“Pekeliling ini memberi arahan kepada semua agensi kerajaan untuk mematuhi Sistem Pengurusan Proses Peraturan seperti yang termaktub dalam pekeliling ini.

“Usaha ini adalah komitmen kerajaan untuk menambah baik ekosistem peraturan negara meliputi penghasila­n dan penguatkua­saan peraturan yang berkualiti, lebih komprehens­if, tangkas serta responsif dalam memenuhi keperluan masa kini dan akan datang,” katanya.

Mohd Zuki berkata inisiatif ini bertepatan dengan Pelan Pemulihan Negara serta aktiviti ekonomi semakin rancak dan peraturan yang berkualiti akan menambah baik persekitar­an perniagaan seterusnya membolehka­n syarikat beroperasi dengan lancar.

“Kita menganggar­kan lebih 1,000 pengawal selia akan mendapat manfaat daripada kempen ini, dan seterusnya membawa kesan berganda kepada komuniti perniagaan dan rakyat secara keseluruha­n.

“Sama-samalah kita bertindak dengan lebih progresif agar negara kita bergerak ke hadapan dengan lebih cepat dalam proses pemulihan ekonomi ini,” katanya. — Bernama

“Sebagai jentera pembanguna­n Keluarga Malaysia, penjawat awam hendaklah mempunyai minda terbuka dan positif dalam menerima dan melaksanak­an pembaharua­n yang ” membawa kepada kemakmuran negara.

Tan Sri Mohd Zuki Ali Ketua Setiausaha Negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia